Tahap pengetahuan, penerimaan dan penguasaan pelajar etnik Bidayuh Bukar Sadung dalam pembelajaran bahasa Melayu melalui peta pemikiran I-Think

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, penerimaan dan penguasaan penggunaan peta pemikiran i-Think sebagai alat berfikir untuk menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian tinjauan ini melibatkan 234 orang pelajar tingkatan empat etnik Bidayuh Bukar Sadung (BBS) dari...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Christine Linsah, Zamri Mahamod
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12477/
http://journalarticle.ukm.my/12477/
http://journalarticle.ukm.my/12477/1/jatma-2018-0603-01.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, penerimaan dan penguasaan penggunaan peta pemikiran i-Think sebagai alat berfikir untuk menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian tinjauan ini melibatkan 234 orang pelajar tingkatan empat etnik Bidayuh Bukar Sadung (BBS) daripada empat buah sekolah menengah di Daerah Serian, Sarawak. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Data dianalisis menggunakan program SPSS (Statistical Package For Social Sciences Version 22.0). Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menjawab soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan responden tentang nama dan proses pemikiran peta pemikiran i-Think berada pada peratusan yang rendah. Sebaliknya, tahap pengetahuan tentang penggunaan peta pemikiran i-Think dalam PdPc Bahasa Melayu adalah sederhana, manakala tahap penerimaan terhadap peta pemikiran i-Think pelajar pula berada pada tahap tinggi. Implikasi kajian ini ialah pembelajaran Bahasa Melayu membantu pelajar etnik Bidayuh menguasai dan mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka dengan baik.