Sejarah ukiran kayu dan hiasan perahu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Kegiatan menghasilkan ukiran kayu dan penggunaan hiasan pada perahu di Pantai Timur banyak dipengaruhi oleh warisan budaya dan sejarah yang pernah berlangsung dalam masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu. Penciptaan pelbagai hasil kraf dalam bentuk ukiran kayu dikatakan mempunyai identiti dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir, Asyaari Muhamad
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12483/
http://journalarticle.ukm.my/12483/
http://journalarticle.ukm.my/12483/1/jatma-2018-0603-07.pdf
Description
Summary:Kegiatan menghasilkan ukiran kayu dan penggunaan hiasan pada perahu di Pantai Timur banyak dipengaruhi oleh warisan budaya dan sejarah yang pernah berlangsung dalam masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu. Penciptaan pelbagai hasil kraf dalam bentuk ukiran kayu dikatakan mempunyai identiti dan makna yang tersendiri. Kesan perkembangan sejarah yang pernah dilalui oleh masyarakat Pantai Timur sejak zaman pra-Islam secara tidak langsung telah mempengaruhi para pengukir untuk menghasilkan bentuk atau tema serta motif yang amat berkait rapat dengan sistem kepercayaan dan suasana persekitaran mereka. Begitu juga dengan peralatan hiasan pada perahu-perahu mereka. Bentuk-bentuk ukiran yang diterapkan pada objek hiasan perahu memperlihatkan betapa pengaruh sejarah dan kepercayaan telah memberi suatu makna yang tersendiri pada setiap hiasan perahu yang dihasilkan para pengukir.