Pemahaman konsep rahmah dalam isu masyarakat majmuk di Malaysia: analisis pendirian gerakan dakwah IKRAM dan ISMA

Konsep rahmah dalam masyarakat majmuk merupakan salah satu isu yang dibincangkan dalam gerakan dakwah di Malaysia terutamanya bagi Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Keduadua gerakan ini mempunyai pendekatan yang berbeza berkaitan konsep rahmah dalam dakwah ke...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Haikal Mohd Hedzir, Muhammad Arif Yahya
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12491/
http://journalarticle.ukm.my/12491/
http://journalarticle.ukm.my/12491/1/29020-88652-2-PB.pdf
Description
Summary:Konsep rahmah dalam masyarakat majmuk merupakan salah satu isu yang dibincangkan dalam gerakan dakwah di Malaysia terutamanya bagi Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Keduadua gerakan ini mempunyai pendekatan yang berbeza berkaitan konsep rahmah dalam dakwah kepada bukan Muslim di Malaysia. Justeru kajian ini menganalisis pemahaman konsep rahmah oleh IKRAM dan ISMA berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang membincangkan konsep tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan melakukan analisis terhadap penulisan rasmi kedua-dua gerakan serta temu bual beberapa pemimpin kedua-dua gerakan ini dalam mendapatkan pemahaman terhadap konsep rahmah tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa IKRAM melihat konsep rahmah kepada bukan Muslim sebagai suatu peluang untuk dijadikan landasan berdakwah kepada bukan Muslim. Manakala ISMA pula melihat konsep rahmah kepada bukan Muslim dengan pendekatan yang lebih berhati-hati agar tidak disalah tafsir penggunaannya dalam konteks hubungan Muslim kepada bukan Muslim.