Kesan polifenol minyak kelapa dara ke atas aktiviti enzim antioksidan dan lipid peroksida pada sel osteoblas

Osteoporosis dikaitkan dengan radikal bebas dan tekanan oksidatif. Kandungan polifenol yang tinggi dalam minyak kelapa dara (VCO) yang bertindak sebagai antioksidan mampu menghalang tekanan oksidatif seterusnya mencegah osteoporosis. Uji kaji in vitro ini dijalankan untuk mengkaji mekanisme kesan pe...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zil Hayatullina, Norazlina Mohamed, Ima-Nirwana Soelaiman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12509/
http://journalarticle.ukm.my/12509/
http://journalarticle.ukm.my/12509/1/16%20Zil%20Hayatullina.pdf
Description
Summary:Osteoporosis dikaitkan dengan radikal bebas dan tekanan oksidatif. Kandungan polifenol yang tinggi dalam minyak kelapa dara (VCO) yang bertindak sebagai antioksidan mampu menghalang tekanan oksidatif seterusnya mencegah osteoporosis. Uji kaji in vitro ini dijalankan untuk mengkaji mekanisme kesan perlindungan polifenol ekstrak daripada VCO (PF) ke atas sel selanjar pre-osteoblas mencit (MC3T3-E1) teraruh tekanan oksidatif. Untuk mengkaji viabiliti kesan perlindungan polifenol terhadap MC3T3-E1 daripada toksisiti hidrogen peroksida (H2O2), sel MC3T3-E1 dirawat dengan beberapa dos polifenol selama 24 jam selepas dieram dengan 250 μM (IC50) H2O2 selama 1 jam. Mekanisme perlindungan dikaji dengan mengukur aras malondialdehid (MDA) serta aktiviti enzim antioksidan iaitu superoksida dismutase (SOD), glutation peroksidase (GPx) dan katalase (CAT). Keputusan kajian menunjukkan bahawa kepekatan perencatan median (IC50) H2O2 pada 1 jam adalah 250 μM. Ujian viabiliti sel mendapati kesemua dos polifenol dapat melindungi sel MC3T3-E1 daripada toksisiti H2O2. Dos 1 dan 0.01 μM polifenol dapat meningkatkan aras GPx dan CAT, manakala dos 0.01 dan 0.0001 μM dapat meningkatkan aras SOD. Sementara itu, hanya dos 0.01 dan 0.001 μM sahaja yang dapat menghalang peningkatan aras MDA. Kesimpulan yang dapat dibuat di dalam kajian ini adalah polifenol daripada minyak kelapa dara mencegah lipid peroksida pada sel MC3T3-E1 yang telah diaruh dengan H2O2 dengan meningkatkan aktiviti enzim antioksidan.