Sumbangan koperasi terhadap pembangunan sosial komuniti pekebun kecil sawit

Penglibatan masyarakat dalam organisasi koperasi bukan sahaja dapat membantu mereka untuk mendapat manfaat ekonomi tetapi juga memberi ruang kepada aktiviti sosial yang dijalankan oleh pihak koperasi. Kajian ini bertujuan untuk menilai sumbangan sosial yang diberikan oleh Koperasi Penanaman Sawit Ma...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sarmila MS, Zaimah Ramli, Rusyda Ramly, Novel Lyndon, Rosniza Aznie Che Rose, Nur Hanani Mansor, Zaki Aman, Nazirah Jaafar, Khairul Anwar Isnin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12532/
http://journalarticle.ukm.my/12532/
http://journalarticle.ukm.my/12532/1/20255-57860-1-PB.pdf
Description
Summary:Penglibatan masyarakat dalam organisasi koperasi bukan sahaja dapat membantu mereka untuk mendapat manfaat ekonomi tetapi juga memberi ruang kepada aktiviti sosial yang dijalankan oleh pihak koperasi. Kajian ini bertujuan untuk menilai sumbangan sosial yang diberikan oleh Koperasi Penanaman Sawit Mampan terhadap ahli komuniti pekebun kecil sawit. Seramai 46 ahli Koperasi Penanaman Sawit Mampan (KPSM) Saratok telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi mendapatkan data kajian dan analisa deskriptif telah dijalankan. Analisa ini merangkumi analisis min, kekerapan, peratusan serta sisihan piawai. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa koperasi KPSM Saratok telah memberi sumbangan sosial terhadap komuniti pekebun kecil sawit dari aspek peningkatan hubungan pekebun kecil sawit (PKS), peningkatan penglibatan komuniti dalam aktiviti sawit, pemantauan aktiviti pertanian komuniti, penyediaan peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan kemudahan dalam pengurusan aktiviti.