Tingkah laku pengundi dan pilihan politik di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan
Tingkah laku politik merupakan tindakan seseorang terhadap aktiviti politik yang merangkumi persepsi atau pandangan; dan partisipasi atau penyertaan dalam aktiviti politik. Perlakuan politik membawa kepada pilihan atau sokongan pengundi kepada calon atau parti politik dalam pilihan raya. Justeru, ka...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12539/ http://journalarticle.ukm.my/12539/ http://journalarticle.ukm.my/12539/1/20317-57997-1-PB.pdf |
Summary: | Tingkah laku politik merupakan tindakan seseorang terhadap aktiviti politik yang merangkumi persepsi atau pandangan; dan partisipasi atau penyertaan dalam aktiviti politik. Perlakuan politik membawa kepada pilihan atau sokongan pengundi kepada calon atau parti politik dalam pilihan raya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tingkah laku pengundi dan pilihan politik di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan. Beberapa kaedah telah digunakan iaitu kajian kepustakaan, pemerhatian di lapangan dan soal selidik terhadap 300 orang responden di kawasan Parlimen Pasir Mas. Hasil kajian mendapati bagi tingkah laku pengundian di kawasan Parlimen Pasir Mas menunjukkan bahawa pendekatan teori pilihan rasional lebih dominan berbanding teori identifikasi parti dan model sosiologi. Ini menunjukkan bahawa pengundi di Parlimen Pasir Mas lebih mengutamakan kepentingan kepada kehidupan mereka terutama yang berkaitan dengan ekonomi, kebajikan, pembangunan dan kemudahan awam terutama bagi pengundi muda. Pilihan politik responden memihak kepada PAS di Parlimen Pasir Mas dan juga Negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, mereka masih memerlukan kedua-dua parti ini iaitu Kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Persekutuan/BN untuk menyelesaikan masalah sosioekonomi dan politik di kawasan Parlimen Pasir Mas. Justeru adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk memastikan permasalahan rakyat dijadikan keutamaan untuk diselesaikan melalui polisi sosioekonomi yang sesuai. |
---|