Hubungan dialektikal praktis sosial muamalat dengan ciri leksikal wacana perbankan Islam
Kewujudan kata/istilah Melayu bukan lazim, kata/istilah Arab tulen, kata/istilah gabungan Melayu-Arab, kata/istilah Inggeris dan kata/istilah gabungan Melayu-Inggeris dalam wacana perbankan Islam berbahasa Melayu bukanlah berlaku secara kebetulan, tetapi dipengaruhi oleh praktis sosial muamalat. H...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12546/ http://journalarticle.ukm.my/12546/ http://journalarticle.ukm.my/12546/1/jatma-2019-0701-05.pdf |
Summary: | Kewujudan kata/istilah Melayu bukan lazim, kata/istilah Arab tulen, kata/istilah gabungan Melayu-Arab, kata/istilah
Inggeris dan kata/istilah gabungan Melayu-Inggeris dalam wacana perbankan Islam berbahasa Melayu bukanlah
berlaku secara kebetulan, tetapi dipengaruhi oleh praktis sosial muamalat. Hal ini kerana hubungan antara praktis sosial
dengan wacana adalah hubungan dialektikal atau hubungan timbal balas. Justeru dengan mengaplikasi pendekatan
Analisis Wacana Kritis (AWK), kajian ini bertujuan merungkai hubungan dialektikal antara praktis sosial muamalat
dengan ciri leksikal wacana perbankan Islam. Kajian ini membuktikan bahawa, daripada satu sudut, praktis sosial
mempengaruhi pembentukan wacana, sementara daripada sudut yang lain pula, wacana berperanan memperteguh
praktis sosial. Kajian ini memberi kefahaman bahawa, kewujudan ciri leksikal yang rencam dalam wacana perbankan
Islam berbahasa Melayu adalah bertujuan menampung keperluan praktis sosial muamalat, tambahan pula dalam
konteks Malaysia perbankan Islam berkembang dalam kerangka perbankan konvensional |
---|