Pengaruh amalan komunikasi terhadap penglibatan belia dalam kesukarelawanan

Golongan belia adalah modal insan yang penting. Mereka adalah pemimpin masa depan yang akan menyumbang kepada kejayaan negara. Bagi mencapai hasrat tersebut, belia perlu lebih bertanggungjawab, prihatin dan banyak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, belia pada hari ini...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Yusri Ibrahim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12575/
http://journalarticle.ukm.my/12575/
http://journalarticle.ukm.my/12575/1/22250-63945-1-PB.pdf
Description
Summary:Golongan belia adalah modal insan yang penting. Mereka adalah pemimpin masa depan yang akan menyumbang kepada kejayaan negara. Bagi mencapai hasrat tersebut, belia perlu lebih bertanggungjawab, prihatin dan banyak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, belia pada hari ini didapati kurang melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan khususnya di peringkat komuniti. Kertas konsep ini membincangkan faktor-faktor yang dijangka akan mempengaruhi penglibatan belia dalam aktiviti kesukarelaan. Berpandukan teori dan dapatan kajian lepas, kajian keperpustakaan ini mencadangkan komunikasi interpersonal, komunikasi organisasi dan komunikasi media sebagai faktor yang boleh menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti kesukarelaan di peringkat komuniti.