Kesedaran pendidikan dan minat kerja pelajar Orang Asli suku kaum Jakun di Rompin, Pahang

Pendidikan merupakan kriteria penting yang harus dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah generasi muda masyarakat Orang Asli pada hari ini. Kegagalan untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik apabila kanak-kanak...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Muizzuddin Mohd Nor, Mohamad Fauzi Sukimi, Mohd Nasaruddin Mohd Nor
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12586/
http://journalarticle.ukm.my/12586/
http://journalarticle.ukm.my/12586/1/21271-69411-1-PB.pdf
Description
Summary:Pendidikan merupakan kriteria penting yang harus dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah generasi muda masyarakat Orang Asli pada hari ini. Kegagalan untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik apabila kanak-kanak Orang Asli meningkat dewasa. Justeru, kajian ini mengupas tentang sikap pelajar Orang Asli terhadap peluang pendidikan dan minat kerja, selain mendapatkan pandangan ibu bapa atau penjaga pelajar terhadap penglibatan mereka dalam proses pendidikan dan pemilihan pekerjaan anak-anak. Data primer diperolehi melalui temubual mendalam dengan 12 orang informan yang terdiri daripada pelajar Orang Asli suku kaum Jakun di Rompin, Pahang serta ibu bapa atau penjaga mereka. Hasil kajian mendapati kesemua informan yang ditemui melibatkan pelajar dan ibu bapa atau penjaga mempunyai perubahan pandangan ke arah yang lebih positif. Mereka semakin mengutamakan pendidikan di sekolah serta pemilihan kerjaya yang lebih baik. Keadaan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya ialah keluarga, jarak sekolah yang berhampiran, kemudahan pengangkutan, peranan guru, rakan sebaya dan faktor kemudahan pembelajaran di sekolah. Kajian ini berjaya mengikis pandangan negatif yang melihat mentaliti Orang Asli masih di takuk lama kerana tidak mengutamakan pendidikan serta kerjaya sebagai medium untuk memajukan diri dan keluarga. Malah, pelajar Orang Asli suku kaum Jakun di kawasan kajian juga dapat menyesuaikan diri dalam proses sosialisasi formal, iaitu, melalui proses pembelajaran di sekolah.