Strategi pembelajaran bahasa pelajar prasiswazah Pengajian Bahasa Melayu di Prince Of Songkhla University, Pattani berdasarkan jantina, tahun pengajian dan tahap pencapaian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap penguasaan strategi pembelajaranbahasa (SPB) yang digunakan dalam kalangan pelajar prasiswazah Pengajian Bahasa Melayu di Prince of Songkhla University, (PSU) Pattani. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mengenal pas...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12593/ http://journalarticle.ukm.my/12593/ http://journalarticle.ukm.my/12593/1/174-335-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat
mengenai tahap penguasaan strategi pembelajaranbahasa (SPB) yang
digunakan dalam kalangan pelajar prasiswazah Pengajian Bahasa Melayu di
Prince of Songkhla University, (PSU) Pattani. Secara khusus, kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan SPB Melayu pelajar berdasarkan
jantina, tahun pengajian dan tahap pencapaian. Kajian tinjauan ini dijalankan
terhadap seramai 100 orang pelajar telah dipilih secara rawak mudah untuk
dijadikan responden kajian dengan menggunakan instrumen soal selidik. Data
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Science (SPSS) versi
23.0 bagi menganalisis statistik inferensi.Hasil kajian menunjukkan bahawa
tidak terdapat perbezaan faktor jantina dan tahun pengajian dengan SPB
mengikut kemahiran bahasa. Dari segi hubungan pula, tidak terdapat hubungan
antara SPB mengikut kemahiran bahasa dengan tahun pengajian dan tahap
pencapaian pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan
bahawa SPB yang digunakan oleh pelajar tidak mempengaruhi pembelajaran
pelajar berdasarkan jantina, tahun pengajian dan pencapaian Bahasa Melayu
pelajar Pengajian Bahasa Melayu di PSU. Implikasi kajian ialah pensyarah
Bahasa Melayu PSU perlu mempelbagaikan kaedah mengajar supaya pelajar
dapat mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu dengan mudah dan
berkesan. |
---|