Tahap perbezaan pengetahuan, sikap dan amalan menggunakan enam topi pemikiran berdasarkan jantina dan pengkhususan dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah kebangsaan
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perbezaan Enam Topi Pemikiran berdasarkan jantina dan pengkhususan dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan. Kajian berbentuk tinjauan ini telah dijalankan terhadap semua guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan di Pejabat Pendidikan Zon Se...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12594/ http://journalarticle.ukm.my/12594/ http://journalarticle.ukm.my/12594/1/175-337-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perbezaan Enam Topi Pemikiran
berdasarkan jantina dan pengkhususan dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah
kebangsaan. Kajian berbentuk tinjauan ini telah dijalankan terhadap semua guru
Bahasa Melayu sekolah kebangsaan di Pejabat Pendidikan Zon Sentul (PPZS), Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak 36 buah sekolah kebangsaan menjadi populasi
bagi kajian ini, iaitu melibatkan seramai 210 orang guru. Pemilihan sampel ini adalah
berdasarkan jadual penentu saiz sampel kajian Krejcie dan Morgan. Melalui jadual
penentu saiz sampel tersebut menyatakan jika jumlah populasi seramai 210 orang,
maka sampel ialah 136 orang. Soal selidik digunakan untuk mengukur aspek yang
berkaitan dengan tahap pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan Enam Topi
Pemikiran dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan. Soal selidik
menggunakan lima skala Likert. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 18 orang guru
bahasa Melayu dari dua buah sekolah kebangsaan. Data ang diperoleh dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)
Statistics versi23. Kajian ini menggunakan dua jenis analisis, iaitu analisis deskriptif
dan analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan
sikap guru Bahasa Melayu dalam penggunaan Enam Topi Pemikiran sebagai alat
berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang tinggi. Tahap
amalan guru Bahasa Melayu dalam menggunakan Enam Topi Pemikiran pula berada
pada tahap sederhana. Implikasi kajian ini ialah penggunaan Enam Topi Pemikiran
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu boleh meningkatkan minat dan
pencapaian pelajar. |
---|