Amalan dan masalah pengajaran literasi bahasa guru bahasa Melayu ketika mengajar murid Penan

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui amalan pengajaran literasi bahasa di samping mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru bahasa Melayu ketika mengajar murid-murid Penan di Sarawak. Kajian ini adalah kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif dengan teknik pensampelan bertujuan. S...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Layang Ugek, Jamaludin Badusah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12595/
http://journalarticle.ukm.my/12595/
http://journalarticle.ukm.my/12595/1/176-339-1-SM.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengetahui amalan pengajaran literasi bahasa di samping mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru bahasa Melayu ketika mengajar murid-murid Penan di Sarawak. Kajian ini adalah kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif dengan teknik pensampelan bertujuan. Seramai lima orang guru bahasa Melayu yang mengajar tahap 2 di dua buah sekolah rendah murid Penan dipilih sebagai peserta kajian. Lokasi sekolah kajian ini adalah sebuah sekolah rendah di daerah Belaga dan sebuah di daerah Baram. Data temu bual ini pula disokong oleh data pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati amalan pengajaran guru bahasa Melayu adalah bersistematik untuk memudahkan perancangan guru mengikut tahap pencapaian murid. Amalan sebegini dapat membantu murid-murid Penan mengetahui dengan lebih awal kemahiran-kemahiran yang akan diajar oleh guru. Guru bahasa Melayu juga menghadapi pelbagai masalah dalam usaha meningkatkan prestasi akademik murid-murid Penan sama ada berpunca daripada murid itu sendiri dan ataupun ibu bapa murid yang masih tidak mementingkan pelajaran. Implikasi kajian ini ialah amalan pengajaran guru sistematik dapat membantu murid-murid Penan mempelajari bahasa Melayu dengan mudah dan berkesan.