Penyerapan pemikiran inventif dalam pengajaran guru bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan kategori sekolah
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pelaksanaan pemikiran inventif dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah di daerah Beaufort, Sabah. Terdapat enam elemen pemikiran inventif, iaitu elemen penyesuaian diri, elemen pengurusan kesukaran, elemen pengarahan kendiri, elemen...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12596/ http://journalarticle.ukm.my/12596/ http://journalarticle.ukm.my/12596/1/177-341-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pelaksanaan pemikiran
inventif dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah
di daerah Beaufort, Sabah. Terdapat enam elemen pemikiran inventif, iaitu
elemen penyesuaian diri, elemen pengurusan kesukaran, elemen pengarahan
kendiri, elemen sifat ingin tahu, elemen kreativiti, keberanian mengambil
risiko dan pemikiran tahap tinggi. Kaedah tinjauan dengan menggunakan
borang soal selidik digunakan dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan 67
buah sekolah di daerah Beaufort dan seramai 200 orang guru yang mengajar
bahasa Melayu di sekolah menengah dan sekolah rendah dijadikan responden
kajian. Sampel dipilih secara rawak mudah. Data yang diperoleh dianalisis
menggunakan program Statistics Package for Social Science (SPSS) versi
23.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan penyerapan
pemikiran inventif dalam kalangan guru bahasa Melayu berdasarkan jantina,
pengalaman mengajar dan kategori sekolah yang mengajar di peringkat
sekolah rendah dan menengah ini. Implikasi kajian ini ialah guru-guru
bahasa Melayu banyak menyerapkan pemikiran inventif dalam pengajaran
mereka. |
---|