Kesan penggunaan teknik KWLH dalam kemahiran membaca kalangan murid sekolah jenis kebangsaan Cina
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Teknik know, what, learned and how (KWLH) terhadap kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). Teknik KWLH merupakan teknik yang dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca mentalis murid. Kajian ini...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12597/ http://journalarticle.ukm.my/12597/ http://journalarticle.ukm.my/12597/1/178-343-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan
Teknik know, what, learned and how (KWLH) terhadap kemahiran
membaca dalam kalangan murid sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).
Teknik KWLH merupakan teknik yang dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca mentalis murid. Kajian ini telah dijalankan kepada 66
orang sampel kajian tahun 4 di sebuah SJKC bagi mengetahui kesan
penggunaan teknik ini terhadap skor soalan pemahaman yang diberikan.
Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap penguasaan kemahiran membaca mentalis murid sebelum dan
selepas rawatan iaitu teknik KWLH bagi kumpulan eksperimen. Dapatan
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam
penguasaan skor kemahiran membaca mentalis dalam kalangan muridmurid
dalam praujian. Namun begitu, terdapat perbezaan yang signifikan
dalam penguasaan skor kemahiran membaca mentalis dalam kalangan
murid-murid dalam pascaujian setelah mereka melalui pembelajaran
kemahiran membaca dengan menggunakan teknik KLWH. Hasil dapatan
kajian membuktikan bahawa teknik ini mempunyai kekuatan iaitu dapat
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca murid secara
mentalis. Oleh itu, Teknik KWLH boleh diaplikasikan oleh guru dalam
proses pembelajaran dan pemudahcaraan sebagai satu usaha dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid SJKC. |
---|