Aplikasi kaedah Fuzzy Delphi dalam pembangunan modul pengajaran pantun Melayu berasaskan maksud al-Quran mengenai keindahan flora, fauna dan langit tingkatan 2

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan pakar bahasa Melayu tentang Modul Pengajaran Pantun Melayu mengenai keindahan flora, fauna dan langit, untuk meningkatkan kemahiran mencipta pantun Melayu berdasarkan pantun jenaka/humor/hiburan, pantun teka-teki/soalan dan pantun sindiran (mora...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rashidah Mohd, Saedah Siraj, Zaharah Hussin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12598/
http://journalarticle.ukm.my/12598/
http://journalarticle.ukm.my/12598/1/184-353-1-SM.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan pakar bahasa Melayu tentang Modul Pengajaran Pantun Melayu mengenai keindahan flora, fauna dan langit, untuk meningkatkan kemahiran mencipta pantun Melayu berdasarkan pantun jenaka/humor/hiburan, pantun teka-teki/soalan dan pantun sindiran (moral dan akhlak) berasaskan maksud al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah menengah dengan menggunakan aplikasi Kaedah Fuzzy Delphi (FDMFuzzy Delphi Method). Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap jenis-jenis pantun, ciri-ciri reka bentuk, komponen utama, aktiviti utama, masalah dan cara mengatasinya. FDM dibina atas persetujuan 7 panel pakar yang ditemu bual untuk membina item-item yang akan diguna bagi mendapatkan konsensus pakar dengan menggunakan 7 skala Likert. Soalan kaji selidik diedarkan kepada 25 guru pakar bahasa Melayu berpengalaman 10 tahun mengajar mata pelajaran tersebut yang dipilih daripada tujuh buah sekolah menengah daerah Gombak, Selangor bagi menjawab persoalan kajian. Instrumen bahagi kepada tujuh bahagian yang merangkumi 46 item kajian bagi mendapatkan konsensus pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesepakatan atau konsensus kumpulan pakar bersetuju dengan kesemua item. Implikasi kajian menunjukkan Modul Pengajaran Pantun Melayu berasaskan maksud al-Quran tentang keindahan flora, fauna dan langit tingkatan 2 yang dihasilkan mempunyai nilai kebolehgunaan yang tinggi. Modul ini boleh dijadikan panduan kepada KPM dalam menambah bahan mengajar komponen sastera (KOMSAS) khasnya pantun Melayu remaja di peringkat sekolah menengah.