Penilaian indeks keterancaman komuniti orang asli di Lembangan Sungai Telom, Bertam dan Lemoi, Cameron Highlands

Istilah keterancaman bertujuan untuk menjelaskan perhubungan yang wujud di antara keterdedahan ancaman fizikal dengan kesejahteraan manusia dan keupayaan mereka untuk menghadapi ancaman. Penilaian keterancaman menggabungkan tiga komponen utama iaitu ancaman, sistem yang mengalami risiko dan daya tah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Qhairunissa Ramli, Firuza Begham Mustafa, Khairulmaini Osman Salleh
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12821/
http://journalarticle.ukm.my/12821/
http://journalarticle.ukm.my/12821/1/25639-82985-1-PB.pdf
Description
Summary:Istilah keterancaman bertujuan untuk menjelaskan perhubungan yang wujud di antara keterdedahan ancaman fizikal dengan kesejahteraan manusia dan keupayaan mereka untuk menghadapi ancaman. Penilaian keterancaman menggabungkan tiga komponen utama iaitu ancaman, sistem yang mengalami risiko dan daya tahan diri sedia ada. Keterancaman bagi kajian ini merujuk kepada komuniti orang asli yang tinggal di zon tanah tinggi Cameron Highlands. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis ancaman perubahan alam sekitar tempatan di tiga lembangan utama Cameron Highlands iaitu Telom, Bertam dan Lemoi. Ancaman ini dilihat daripada hasil proses pembangunan guna tanah di kawasan tanah tinggi yang mendatangkan kesan keterancaman ke atas komuniti orang asli sebagai golongan yang memiliki daya tahan yang rendah. Hasil soal selidik iaitu ciri-ciri yang dinilai dan penghasilan peta indeks keterancaman ini akan menggambarkan keadaan sebenar komuniti orang asli Semai Cameron Highlands yang telah lama menjadikan sistem alam sekitar tanah tinggi sebagai satu bentuk perhubungan. Jumlah ketua isi rumah yang terlibat dalam sesi soal selidik ialah 153 orang iaitu 30% daripada jumlah keseluruhan ketua isi rumah bagi kampung terpilih. Hasil daripada penilaian indeks secara keseluruhan menunjukkan tahap keterancaman komuniti orang asli adalah terancam dan mereka memerlukan peningkatan daya tahan diri sedia ada. Kesimpulannya, penilaian indeks keterancaman komuniti orang asli di zon tanah tinggi bukan sahaja menggambarkan tahap keterancaman komuniti tersebut, malah boleh dijadikan petunjuk dan panduan kepada mereka dan pihak yang terlibat dalam aspek pengurusan komuniti orang asli di zon tanah tinggi.