Hubungan pengaruh rakan sebaya, estim diri dan lokus kawalan dengan sikap terhadap tingkah laku seksual

Memahami faktor luaran dan faktor dalaman yang akan mempengaruhi pembentukan sikap terhadap tingkah laku seksual adalah sangat penting untuk diukur seterusnya membekalkan sumber maklumat untuk merangka intervensi yang bersesuai. Kajian ini menekankan kepada perspektif perkembangan untuk memahami dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor Jumawaton Shahruddin, Mariani Mansor, Zainal Madon, Hanina Halimatusaadiah Hamsan
Format: Article
Language:English
Published: Penebit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12832/
http://journalarticle.ukm.my/12832/
http://journalarticle.ukm.my/12832/1/17314-81003-1-PB.pdf
Description
Summary:Memahami faktor luaran dan faktor dalaman yang akan mempengaruhi pembentukan sikap terhadap tingkah laku seksual adalah sangat penting untuk diukur seterusnya membekalkan sumber maklumat untuk merangka intervensi yang bersesuai. Kajian ini menekankan kepada perspektif perkembangan untuk memahami dan menjelaskan perkaitan pemboleh ubah bebas dengan sikap terhadap tingkah laku seksual. Kajian ini dijalankan untuk menentukan hubungan di antara pengaruh rakan sebaya, estim diri dan lokus kawalan dengan sikap terhadap tingkah laku seksual dalam kalangan remaja hamil luar nikah di Semenanjung Malaysia. Berdasarkan reka bentuk keratan rentas, sampel kajian melibatkan seramai 130 remaja perempuan yang hamil luar nikah berumur 14 hingga 19 tahun dari empat buah Institusi Perlindungan dan Pemulihan di negeri Selangor, Perak, Johor dan Kelantan terlibat dalam kajian ini. Data kuantitatif telah di kumpul dengan menggunakan borang soal selidik dan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang digunakan dalam borang soal selidik telah dikenal pasti melalui Teori Sosial Kognitif. Hipotesis kajian diuji dengan menggunakan analisis bootstrapping. Keputusan kajian mengesahkan a) pengaruh rakan sebaya mempunyai hubungan signifikan dengan sikap terhadap tingkah laku seksual, b) estim diri mempunyai hubungan signifikan sikap terhadap tingkah laku seksual, c) lokus kawalan mempunyai hubungan signifikan dengan sikap terhadap tingkah laku seksual, d) estim diri bertindak sebagai pengantara kepada hubungan antara pengaruh rakan sebaya dan sikap terhadap tingkah laku seksual dan e) lokus kawalan bertindak sebagai penyederhana kepada hubungan antara pengaruh rakan sebaya sikap terhadap tingkah laku seksual. Kajian ini mengesyorkan program kesihatan seksual dan reproduktif serta program intervensi yang bersifat pencegahan, perlindungan, pemulihan dan integrasi yang mensasarkan kepada faktor pembentukan sikap terhadap tingkah laku seksual yang selamat dipertingkatkan bagi remaja di Malaysia.