Perkembangan perlindungan pengguna: cabaran dan hala tuju institusi pelindung pengguna di Malaysia

Secara ekonominya, pengguna merujuk kepada mereka yang membeli, memperoleh, dan menggunakan semua jenis barang dan perkhidmatan. Pengguna sebenarnya melibatkan kita semua kerana kita terlibat dalam transaksi jual beli setiap hari. Sedar atau tidak sedar, kita sebenarnya terikat dengan suatu sistem e...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ding, Christie Yean Joon, Sakina Shaik Ahmad Yusoff
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12986/
http://journalarticle.ukm.my/12986/
http://journalarticle.ukm.my/12986/1/26340-79282-1-SM.pdf
Description
Summary:Secara ekonominya, pengguna merujuk kepada mereka yang membeli, memperoleh, dan menggunakan semua jenis barang dan perkhidmatan. Pengguna sebenarnya melibatkan kita semua kerana kita terlibat dalam transaksi jual beli setiap hari. Sedar atau tidak sedar, kita sebenarnya terikat dengan suatu sistem ekonomi yang mana keperluan kita dikawal oleh kuasa luaran seperti aktiviti jual beli. Sistem ini mampu menguasai ekonomi dunia sekiranya ia menjadi semakin kuat. Justeru, pengguna harus dilindungi daripada penindasan oleh peniaga, sama ada pembekal ataupun pengilang yang tidak beretika. Perlindungan pengguna adalah penting untuk meningkatkan sosioekonomi pengguna dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. Artikel ini bermatlamat untuk mengenal pasti dan menganalisis perkembangan perlindungan pengguna di Malaysia serta peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebagai institusi pelindung pengguna yang utama di Malaysia. Penyelidikan yang dijalankan merupakan penyelidikan sosio-perundangan yang berasaskan penyelidikan undang-undang dan penyelidikan sosial. Pendekatan sejarah, analitis dan kritis serta penilaian telah diguna pakai dalam penyelidikan ini. Secara umumnya, peranan yang dimainkan oleh KPDNKK boleh dirumuskan kepada empat, iaitu memperkasakan pengguna, penguatkuasaan, penambahbaikan sistem penyampaian, dan penyeliaan akta-akta di bawah KPDNKK. Artikel ini juga memperlihatkan cabaran dan hala tuju perlindungan pengguna di Malaysia. Cabaran dan hala tuju merangkumi aspek struktur organisasi KPDNKK, aspek perundangan, dan aspek sosial. Kesimpulannya, setiap pengguna memainkan peranan masing-masing kerana usaha untuk memartabatkan pengguna di Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi memerlukan penglibatan semua pihak.