Pelaksanaan hukuman alternatif di Mahkamah Syariah: keperluan kepada pemantapan peruntukan perundangan dalam Akta/Enakmen Syariah Negeri-negeri
Hukuman Alternatif dapat memberi pilihan kepada Mahkamah Syariah dalam menghadapi keterbatasan bentuk hukuman sedia ada dengan matlamat untuk memulihkan pesalah berbanding menghukum mereka semata-mata. Namun demikian, banyak aspek perlu dikaji dan diteliti secara rinci dan mendalam terlebih dahulu t...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12999/ http://journalarticle.ukm.my/12999/ http://journalarticle.ukm.my/12999/1/26328-79250-1-SM.pdf |
Summary: | Hukuman Alternatif dapat memberi pilihan kepada Mahkamah Syariah dalam menghadapi keterbatasan bentuk hukuman sedia ada dengan matlamat untuk memulihkan pesalah berbanding menghukum mereka semata-mata. Namun demikian, banyak aspek perlu dikaji dan diteliti secara rinci dan mendalam terlebih dahulu terutamanya dari aspek peruntukan undang-undang berkaitan bagi mengelakkan apa-apa masalah perundangan berbangkit. Ini kerana dalam sistem perundangan syariah di Malaysia, setiap negeri mempunyai hak kuasa eksklusif untuk membuat perundangan dan tafsiran yang berkaitan dengan undang-undang Islam di negeri masing-masing seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebagai langkah pemula ke arah pelaksanaan hukuman alternatif di Mahkamah Syariah, aspek punca kuasa atau peruntukan dari sudut undang-undang dalam perundangan syariah negeri-negeri merupakan perkara utama yang perlu dilihat dan dimantapkan terlebih dahulu berbanding aspek-aspek lain. Oleh itu, penulisan yang menggunakan pendekatan kualitatif ini akan menjelaskan peruntukan perundangan sedia ada dan mencadangkan penambahbaikan terhadap beberapa aspek yang dilihat penting sebagai langkah awal ke arah memantapkan pelaksanaan hukuman alternatif di Mahkamah Syariah supaya lebih sistematik pelaksanaannya. Kajian mendapati sekiranya peruntukan undang-undang ini berjaya ditambah baik dan dinyatakan secara jelas dalam Akta dan Enakmen Negeri-Negeri, hukuman alternatif akan dapat dilaksanakan secara lebih meluas sekali gus dapat menangkis perdebatan dan pertikaian dari sudut perundangan dan punca kuasa. |
---|