Pentadbiran Naning sebelum 1832

Sebelum dikuasai oleh British pada 15 Jun 1832, Luak Naning adalah bertaraf negeri dan mempunyai kuasa mutlak dengan Penghulu sebagai ketuanya. Dua kuasa Eropah yang pernah menjajah Naning sebelum British ialah Portugis dan Belanda. Naning merupakan satu-satunya negeri di Tanah Melayu yang diperinta...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Maisarah Bakar, Zulkanain Abdul Rahman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13030/
http://journalarticle.ukm.my/13030/
http://journalarticle.ukm.my/13030/1/19131-54267-1-SM.pdf
Description
Summary:Sebelum dikuasai oleh British pada 15 Jun 1832, Luak Naning adalah bertaraf negeri dan mempunyai kuasa mutlak dengan Penghulu sebagai ketuanya. Dua kuasa Eropah yang pernah menjajah Naning sebelum British ialah Portugis dan Belanda. Naning merupakan satu-satunya negeri di Tanah Melayu yang diperintah oleh Penghulu, dan dibantu oleh Pembesar Empat Suku yang mewakili suku masing-masing. Fokus perbincangan dalam artikel ini ialah kelangsungan sistem pentadbiran tradisional di Naning yang mengikut Adat Perpatih walaupun pernah dikuasai oleh Portugis dan Belanda. Sistem pentadbiran tradisional di Naning adalah sistematik, teratur dan berupaya mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat tempatan kemudiannya diubah oleh British pada 1832. Perbincangan akan dihalakan kepada pemilihan Dato’ Naning, susunan pentadbiran, pembahagian bidang tugas dan kuasa para pemimpin tempatan di Naning.