Geologi struktur formasi Kubang Pasu di Kawasan Hutan Aji, Perlis, Semenanjung Malaysia

Kawasan kajian adalah bekas kuari tanah terletak di Kampung Binjai, Mukim Hutan Aji, Perlis. Di kawasan kajian tersingkap dua formasi batuan yang utama iaitu bahagian atas Formasi Setul yang dicirikan oleh batu kapur yang berwarna kelabu cerah hingga kelabu gelap, keras dan berfosil dan bahagian baw...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Ashahadi Dzulkafli, Norasiah Sulaiman, Zaiton Harun
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13050/
http://journalarticle.ukm.my/13050/
http://journalarticle.ukm.my/13050/1/04%20Norasiah%20Sulaiman.pdf
Description
Summary:Kawasan kajian adalah bekas kuari tanah terletak di Kampung Binjai, Mukim Hutan Aji, Perlis. Di kawasan kajian tersingkap dua formasi batuan yang utama iaitu bahagian atas Formasi Setul yang dicirikan oleh batu kapur yang berwarna kelabu cerah hingga kelabu gelap, keras dan berfosil dan bahagian bawah Formasi Kubang Pasu yang diwakili oleh perlapisan tebal batu pasir dan batu lumpur. Pemetaan geologi telah dilakukan di kawasan ini bagi menghasilkan peta litologi dan struktur. Sebanyak 14 bacaan sesar mendatar ke kanan, 19 bacaan sesar mendatar ke kiri, 32 bacaan sesar normal dan 26 bacaan sesar songsang dianalisis menggunakan stereonet bagi melihat ketumpatan sesar dan sistem tegasan yang bertindak di kawasan kajian. Keputusan analisis struktur mendapati terdapat dua sistem tegasan utama yang telah bertindak menghasilkan canggaan di kawasan kajian iaitu sistem tegasan ST 1 bertindak dengan tegasan utama (σ1) dari arah timurlaut - baratdaya dan sistem tegasan ST 2 bertindak dengan tegasan utama (σ1) dari arah baratlaut - tenggara.