Kajian keberkesanan pengekstrakan torium daripada larutan asid hidroklorik menggunakan Di(2-Etilheksil) asid fosforik (D2EHPA)
Pengekstrakan torium daripada larutan akueus torium tetraklorida (ThCl4) telah dilakukan dengan menggunakan larutan organik Di-(2-etikheksil) asid fosforik dalam kerosen (D2EHPA/K). Objektif kajian ini adalah untuk menentukan parameter kepekatan organik dalam pelarut dan masa campuran optimum yang m...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13095/ http://journalarticle.ukm.my/13095/ http://journalarticle.ukm.my/13095/1/20%20Ahmad%20Hayaton%20Jamely.pdf |
Summary: | Pengekstrakan torium daripada larutan akueus torium tetraklorida (ThCl4) telah dilakukan dengan menggunakan larutan organik Di-(2-etikheksil) asid fosforik dalam kerosen (D2EHPA/K). Objektif kajian ini adalah untuk menentukan parameter kepekatan organik dalam pelarut dan masa campuran optimum yang mempengaruhi kecekapan pengekstrakan. Campuran torium - nadir bumi hidroksida ([Th-RE](OH)4) daripada sumber kepekatan monazit tempatan dilarutkan dalam asid hidroklorik (HCl) pada kepekatan 3 dan 4 molariti. Larutan akueus [Th-RE](OH)4 ini dicampurkan dengan pelarut organik D2EHPA/K pada kepekatan berbeza iaitu 10%, 20% dan 30%. Sebatian diaduk selama 5 hingga 20 min sebelum fasa larutan akueus dan organik dipisahkan. Kepekatan torium sebelum dan selepas pengekstrakan dianalisis menggunakan Spektrometri Jisim Plasma Gandingan Teraruh (ICP-MS). Keputusan kajian mendapati peningkatan kepekatan torium dalam larutan akueus (Th-RE)OH4 dalam julat 119.40 ± 3.43 – 121.13 ± 3.18 ppm berbanding sebelumnya. Kecekapan pengekstrakan optimum bagi torium ialah 99.8%, menggunakan D2EHPA/K pada kepekatan 30%. Keputusan kajian juga mendapati masa optimum bagi proses campuran dan pemisahan torium dalam larutan akueus kepada fasa organik masing - masing adalah 5 min. Sehubungan dengan itu, kajian ini membuktikan D2EHPA berpotensi untuk digunakan sebagai agen pengekstrakan torium daripada larutan asid hidroklorik. |
---|