Penularan negatif mutu perkhidmatan institusi perubatan negara di laman
Profesion dalam bidang perubatan lazimnya menjadi satu profesion yang disegani, dan dihormati. Namun begitu, kebelakangan ini terdapat kemunculan gelaran dan tohmahan yang tidak elok ditujukan kepada para pengamal perubatan melalui laman sosial. Keadaan ini nyata bukan sahaja membimbangkan, tetapi j...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13106/ http://journalarticle.ukm.my/13106/ http://journalarticle.ukm.my/13106/1/19748-85437-1-PB.pdf |
Summary: | Profesion dalam bidang perubatan lazimnya menjadi satu profesion yang disegani, dan dihormati. Namun begitu, kebelakangan ini terdapat kemunculan gelaran dan tohmahan yang tidak elok ditujukan kepada para pengamal perubatan melalui laman sosial. Keadaan ini nyata bukan sahaja membimbangkan, tetapi juga boleh mencalarkan imej institusi perubatan, juga menimbulkan salah faham antara para pengguna laman sosial yang lain. Ini kerana, status-status sebegini yang biasanya boleh dikongsi akan menjadi tular di laman sosial dalam masa yang singkat. Justeru, situasi ini telah mengilhamkan pengkaji melakukan kajian untuk mencari punca terjadinya masalah ini. Kaedah analisis kandungan bertujuan digunakan untuk memilih beberapa status peribadi laman sosial Facebook terpilih yang mengandungi ayat-ayat atau perkataan yang mengandungi unsur-unsur negatif yang ditujukan kepada institusi perubatan Malaysia. Kajian ini menggunakan teori Literasi Media oleh Potter (2004) yang menyatakan kekurangan struktur pengetahuan boleh mendorong kepada penyalahgunaan media. Hasil daripada dapatan kajian mendapati tujuh punca yang dikenal pasti iaitu, tidak memahami proses rawatan, tidak memahami fungsi setiap jabatan di institusi kesihatan, kurang profesional, tidak sabar, masalah komunikasi, tidak tahu akan kewujudan akta-akta yang melindungi para petugas institusi perubatan, dan kurang literasi media. Bagi mengatasinya, setiap individu, terutamanya pengguna laman sosial dan pihak institusi perubatan perlu memainkan peranan masing masing dalam mencari maklumat, menambah, dan menyebarkan menerusi media, agar lebih bermanfaat untuk kebaikan bersama. Kajian ini diharap mampu mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap institusi perubatan negara, di samping melahirkan masyarakat yang lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat. |
---|