Membina kerangka standard bahasa Melayu dan bahasa Indonesia
Bahasa Melayu yang dituturkan di Malaysia dan bahasa Indonesia berasal daripada satu bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu. Bahasa ini adalah salah satu bahasa yang berpengaruh di dunia. Bahasa ini dituturkan sebagai bahasa pertama dan bahasa asing oleh lebih 300 juta penutur di seluruh dunia. Bahas...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13135/ http://journalarticle.ukm.my/13135/ http://journalarticle.ukm.my/13135/1/28684-87591-2-PB.pdf |
Summary: | Bahasa Melayu yang dituturkan di Malaysia dan bahasa Indonesia berasal daripada satu bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu. Bahasa ini adalah salah satu bahasa yang berpengaruh di dunia. Bahasa ini dituturkan sebagai bahasa pertama dan bahasa asing oleh lebih 300 juta penutur di seluruh dunia. Bahasa Melayu bukan sahaja dituturkan sebagai medium komunikasi harian tetapi juga menjadi bahasa diplomatik, perdagangan dan pendidikan. Sebagai sebuah bahasa yang unggul dan digunakan dalam pelbagai bidang, bahasa Melayu perlu mempunyai satu kerangka standard yang boleh dijadikan rujukan oleh pengguna bahasa ini. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan bentuk kerangka standard bahasa Melayu dan asas kepada pembinaan kerangka standard tersebut. Perbincangan bentuk kerangka berdasarkan kepada dua dimensi. Pertama, pemerolehan dan penguasaan bahasa, kedua kemahiran bahasa yang meliputi empat kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Untuk menghuraikan tahap pemerolehan dan penguasaan bahasa, Taksonomi Bloom akan digunakan, manakala perbincangan tentang asas pembinaan kerangka standard bahasa Melayu dilakukan daripada perspektif sejarah bahasa. Hasil pembinaan kerangka ini akan membolehkan penutur bahasa Melayu sama ada penutur bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa asing dapat mengukur tahap penguasaan bahasa Melayu dan seterusnya dapat menambah baik penggunaan bahasa Melayu mereka. Di samping itu, kerangka standard ini dapat dijadikan rujukan untuk membina kurikulum dan juga ujian bahasa Melayu. |
---|