Logo Hari Kebangsaan 2018: analisis teori seni dan aplikasi komunikasi visual

Logo merupakan bahan komunikasi visual penting yang berfungsi sebagai lambang identiti suatu entiti, alat promosi, dan juga kempen. Dalam aspek lain, logo turut berfungsi sebagai agen penyampai maklumat kepada orang ramai. Logo turut berfungsi untuk membina imej korporat kepada suatu entiti atau aca...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Marzudi Md Yunus, Nuryuhanis Mohd Nasir, Nurul Haniza Samsudin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13198/
http://journalarticle.ukm.my/13198/
http://journalarticle.ukm.my/13198/1/30645-104687-1-PB.pdf
Description
Summary:Logo merupakan bahan komunikasi visual penting yang berfungsi sebagai lambang identiti suatu entiti, alat promosi, dan juga kempen. Dalam aspek lain, logo turut berfungsi sebagai agen penyampai maklumat kepada orang ramai. Logo turut berfungsi untuk membina imej korporat kepada suatu entiti atau acara. Jata negara yang menjadi simbol kepada sesebuah negara juga merupakan suatu logo yang mempunyai makna mendalam kepada sesebuah negara. Logo mempunyai makna berdasarkan suatu konteks yang berkait rapat dengan sosio-budaya sesuatu tempat. Elemen seni reka yang menghasilkan logo mempunyai makna yang tersendiri dalam suatu konteks dan masyarakat. Artikel ini menganalisis logo Hari Kebangsaan 2018 dalam aspek reka bentuk dan aplikasi ke atas medium yang menjadi perumah kepada logo. Setiap elemen yang diguna bagi menghasilkan rekaan logo dianalisis kesesuaiannya berdasarkan elemen dan prinsip seni lukis dan seni reka. Elemen rekaan yang dirujuk merangkumi unsur garisan, rupa, warna, jarak dan tona. Manakala prinsip rekaan yang dirujuk adalah imbangan, kontras dan perletakan unsur-unsur seni dalam rekaan. Teori komunikasi visual digunakan bagi menghurai dapatan kajian. Hasil analisis menunjukkan terdapat kecacatan pada pembinaan struktur dan pengurusan rekaan yang terdiri daripada elemen warna, prinsip disiplin yang telah menjejaskan kesempurnaan fungsi logo dalam aspek komunikasi visual. Beberapa cadangan terhadap penambahbaikan yang tidak menjejaskan struktur dan makna rekaan dikemukakan dalam artikel ini.