Indikator kewibawaan maklumat Islam di media sosial melalui kesepakatan pakar

Media sosial merupakan alat penting dalam perkongsian maklumat yang dapat menyebar maklumat dengan segera berbanding media arus perdana tradisional. Sarjana Islam juga menggunakan media sosial bagi tujuan dakwah untuk mendekati belia khususnya kerana sifat mereka yang celik digital. Namun, sesetenga...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kairulanuar Ab Kadir, Noraidah Sahari@Ashaari, Hairulliza Mohamad Judi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13217/
http://journalarticle.ukm.my/13217/
http://journalarticle.ukm.my/13217/1/33514-104724-1-PB.pdf
Description
Summary:Media sosial merupakan alat penting dalam perkongsian maklumat yang dapat menyebar maklumat dengan segera berbanding media arus perdana tradisional. Sarjana Islam juga menggunakan media sosial bagi tujuan dakwah untuk mendekati belia khususnya kerana sifat mereka yang celik digital. Namun, sesetengah maklumat sukar ditentukan kebenarannya, sengaja direka untuk mencetus perbalahan atau sengaja ditular untuk menyokong sentimen. Maklumat Islam yang tidak tepat dikhuatiri merosakkan akidah belia muslim yang kurang matang dan banyak bergantung kepada media sosial untuk mencari sumber maklumat yang diperlukan. Kajian empirikal berkaitan dengan indikator kewibawaan maklumat Islam di media sosial yang sah adalah terhad. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan mengesahkan dimensi dan indikator kewibawaan maklumat Islam di media sosial. Kajian menggunakan kaedah perbincangan kumpulan fokus sebagai sebahagian daripada proses pengesahan dalam fasa reka bentuk dan pembangunan, metod Fuzzy Delphi (FDM). Data kumpulan fokus yang dilanjutkan dengan soal selidik terhadap 15 panel pakar digunakan untuk menilai dan mengesah definisi indikator kewibawaan maklumat Islam. Keputusan menunjukkan kebanyakan pengguna bersetuju indikator autoriti dan sumber penulisan berdasar Al-Quran dan hadis sahih adalah rujukan utama dalam menilai kandungan maklumat Islam. Pengguna tidak hanya memproses maklumat secara sistematik, tetapi juga mengambil kira ciri kandungan maklumat dan pengaruh sosial rangkaian terdekat apabila menilai kewibawaan maklumat dalam talian. Hasil kajian adalah indikator kewibawaan maklumat yang sah yang dapat membantu pengguna media sosial terutama belia muslim untuk menentukan kesahihan dan sumber maklumat Islam di media sosial. Kajian dimanfaat bagi mencadangkan beberapa cara untuk menjalankan penyelidikan dan penilaian kewibawaan maklumat Islam dalam talian.