Impak sosioekonomi bencana banjir 2014: tindakan penyesuaian dan kesiapsiagaan lokal

Bencana banjir 2014 merupakan kejadian yang terburuk dalam sejarah Malaysia. Oleh itu, tindakan penyesuaian dan kesiapsiagaan penduduk dari semasa ke semasa adalah penting bagi memastikan impak dan risiko bencana banjir dapat dikurangkan. Kajian ini bertujuan meneliti impak bencana banjir 2014...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sarina Yusoff, Rahimah Abdul Aziz, Nur Hafizah Yusoff
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13254/
http://journalarticle.ukm.my/13254/
http://journalarticle.ukm.my/13254/1/27581-89073-1-PB.pdf
Description
Summary:Bencana banjir 2014 merupakan kejadian yang terburuk dalam sejarah Malaysia. Oleh itu, tindakan penyesuaian dan kesiapsiagaan penduduk dari semasa ke semasa adalah penting bagi memastikan impak dan risiko bencana banjir dapat dikurangkan. Kajian ini bertujuan meneliti impak bencana banjir 2014 terhadap kegiatan sosioekonomi penduduk dan tindakan penyesuaian serta kesiapsiagaan yang dilakukan penduduk Hulu Dungun bagi menghadapi fenomena bencana banjir. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta. Seramai 15 orang informan telah dipilih dalam kalangan mangsa banjir daripada tiga buah kampung di Hulu Dungun, iaitu Kampung Minda, Kampung Pasir Raja dan Kampung Kuala Jengai. Hasil kajian menunjukkan bahawa bencana banjir 2014 memberi impak yang cukup besar terhadap kegiatan ekonomi dan sosial harian penduduk Hulu Dungun terutama kepada penduduk yang menjadikan aktiviti pertanian dan perikanan sebagai sumber pendapatan utama mereka. Bencana banjir juga mendatangkan pelbagai gangguan dan tekanan fizikal, sosial dan emosi mangsa. Komuniti ini mengambil inisiatif dengan melaksanakan tindakan penyesuaian dan kesiapsiagaan bagi menghadapi ancaman banjir di kawasan tempat tinggal mereka. Selain itu, terdapat tindakan penyesuaian dan kesiapsiagaan jangka masa pendek dan panjang yang dilakukan komuniti ini dengan bantuan pihak kerajaan. Langkah penyesuaian dan kesiapsiagaan menghadapi fenomena bencana banjir ini sangat penting bagi mengurangkan pengaruh atau kesannya terhadap kehidupan manusia. Kesimpulannya, komuniti berisiko perlu diberikan kesedaran tentang bahaya semasa berlakunya perubahan iklim yang berterusan, di samping pihak kerajaan juga perlu memantapkan langkah pengurusan bencana di kawasan cenderung banjir.