Amalan kesihatan wanita orang Asli Temuan di Kampung Kachau Luar, Semenyih, Selangor
Pengukuran utama dalam meningkatkan taraf hidup rakyat adalah melalui penjagaan kesihatan terutama dalam kalangan wanita. Mekanisme ini penting bagi merealisasikan generasi yang sihat pada masa akan datang. Kesihatan yang baik akan mendorong kepada penyediaan tenaga kerja yang sihat dalam sese...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13255/ http://journalarticle.ukm.my/13255/ http://journalarticle.ukm.my/13255/1/25987-89099-1-PB.pdf |
Summary: | Pengukuran utama dalam meningkatkan taraf hidup rakyat adalah melalui penjagaan
kesihatan terutama dalam kalangan wanita. Mekanisme ini penting bagi merealisasikan
generasi yang sihat pada masa akan datang. Kesihatan yang baik akan mendorong kepada
penyediaan tenaga kerja yang sihat dalam sesebuah negara. Pendekatan pengetahuan
penjagaan kesihatan terutamanya bagi golongan wanita Orang Asli perlu diberi penekanan
agar mereka mendapat manfaat yang secukupnya seiring dengan wanita dalam arus perdana
yang berada di kawasan bandar dan luar bandar. Biasanya, jika terdapat peningkatan
kesedaran penjagaan kesihatan yang baik dalam kalangan wanita, aspek penjagaan kesihatan
ini akan turut mengalami proses sosialisasi dengan orang lain dalam persekitarannya, iaitu
ahli keluarga, saudara mara dan jiran terdekat. Kajian ini ialah bertujuan untuk mengenal
pasti tahap sikap wanita Orang Asli dalam mengamalkan penjagaan kesihatan yang optimum
dan menganalisis kesediaan mereka dalam penjagaan kesihatan. Gabungan pendekatan
kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang soal selidik, temubual dan
pemerhatian yang melibatkan 32 orang responden wanita di penempatan Orang Asli di
Kampung Kachau Luar. Hasil kajian mendapati bahawa kesihatan wanita adalah tinggi dan
penemuan ini selari dengan peratusan majoriti yang prihatin terhadap peranan penjagaan
kesihatan dan peranan vaksin tersebut. Implikasi kajian adalah perubatan tradisional dan
penggunaan herba dalam komuniti Orang Asli perlu diiktiraf dan diformalkan kerana amalan
penjagaan kesihatan secara tradisional ternyata membantu Orang Asli kekal pada tahap
kesihatan yang baik. Di samping itu, perubatan tradisional dan penggunaan herba perlu juga
didokumentasi terlebih dahulu bagi tujuan pengkomersialan agar dapat melengkapi perubatan
moden dan membantu mengurangkan kos sara hidup masyarakat. |
---|