Kemandirian wanita dan ekonomi Kelantan: satu analisis autobiografi terhadap novel Wajah Seorang Wanita
Makalah ini menumpukan kajian terhadap kepengarangan S. Othman Kelantan yang mengangkat bentuk penulisan autobiografi dalam novel Wajah Seorang Wanita (1990). Terdapat dua perkara yang diketengahkan iaitu watak wanita yang bersifat autonomi serta ekonomi masyarakat Kelantan dekad 90-an. Pemera...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13256/ http://journalarticle.ukm.my/13256/ http://journalarticle.ukm.my/13256/1/28596-89100-1-PB.pdf |
Summary: | Makalah ini menumpukan kajian terhadap kepengarangan S. Othman Kelantan yang
mengangkat bentuk penulisan autobiografi dalam novel Wajah Seorang Wanita (1990).
Terdapat dua perkara yang diketengahkan iaitu watak wanita yang bersifat autonomi serta
ekonomi masyarakat Kelantan dekad 90-an. Pemeragaan kedua-dua isu ini sebagai bahan
penceritaan dalam karya, berkait rapat dengan latar peribadi pengarang. Ia dikesani menerusi
pemeragaan watak utamanya iaitu Siti Musalmah yang diambil tipa induknya daripada ibu S.
Othman Kelantan sendiri iaitu Nik Sharifah, serta pengalaman hidup beliau sebagai penduduk
di Wakaf Tuk Kassim, Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan dijadikan sumber inspirasi dan
disaring kembali ke dalam novel. Menariknya, novel ini masih mengekalkan unsur imaginasi,
kreativiti dan inovasi. Kerangka kajian ini memanfaatkan Gagasan Profetik oleh Kuntowijoyo
(2004). Pertimbangan menerusi rumus profetik memperlihatkan kedudukan watak wanita
menurut kanta Islam dengan berpandukan terhadap salah satu daripada tiga etika iaitu nahi
mungkar. Perbahasan menggunakan etika nahi mungkar menunjukkan langgam
kepengarangan S. Othman Kelantan yang memperlihatkan kemandirian watak wanita dalam
mendepani isu ketidakadilan ekonomi dalam negara dan ketidakadilan gender dalam kerjaya.
Kajian ini merumuskan bahawa S. Othman Kelantan bukan sahaja mengangkat isu
keprofetikan terhadap watak wanita dalam novel, malahan sifat tersebut juga sangat terserlah
melalui karya dan aspek latar diri pengarang sehingga merentas kepada akar tradisi Melayu-
Islamnya. |
---|