Gambaran gender dalam buku teks bahasa Inggeris Malaysia
Imej sebenarnya merupakan pernyataan realiti dan berperanan dalam mewujudkan hubungan khayalan antara peserta dalam imej dan pembaca. Buku teks sekolah dipenuhi dengan imej visual yang kadang-kadang dapat mengartikulasikan makna sosial dan budaya yang lebih kuat dan jelas berbanding teks bertu...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13261/ http://journalarticle.ukm.my/13261/ http://journalarticle.ukm.my/13261/1/26535-89080-1-PB.pdf |
Summary: | Imej sebenarnya merupakan pernyataan realiti dan berperanan dalam mewujudkan hubungan
khayalan antara peserta dalam imej dan pembaca. Buku teks sekolah dipenuhi dengan imej
visual yang kadang-kadang dapat mengartikulasikan makna sosial dan budaya yang lebih
kuat dan jelas berbanding teks bertulis. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji dan
menggambarkan corak makna representasi yang berkaitan dengan gender dalam imej buku
teks bahasa Inggeris Malaysia yang terpilih. Selain itu, kajian bertujuan mengkritik corak
imej yang berkaitan dengan stereotaip gender dalam buku teks bahasa Inggeris Malaysia.
Analisis data telah mengenal pasti dan membincangkan perwakilan gender melalui ciri-ciri
penulisan naratif, budaya dan kategori biologi serta suasana persekitaran. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat ketidakseimbangan gender yang jelas, iaitu keutamaan diberikan
kepada lelaki. Domain yang diletakkan kepada peserta wanita biasanya di ruangan
persendirian sedangkan peserta lelaki kebanyakannya diwakili di domain awam. Wanita lebih
kerap dikaitkan dengan aktiviti di dalam rumah manakala lelaki digambarkan terlibat dalam
pelbagai aktiviti di luar rumah. Wanita turut digambarkan sebagai beremosi, sebaliknya
lelaki dicerminkan sebagai bersifat tenang, tegas dan berdaya saing. Oleh kerana sekolah dan
buku teks merupakan salah satu kaedah keterlibatan kanak-kanak dalam bidang sosial, adalah
penting untuk memastikan bahan pengajaran adalah adil dan tidak berat sebelah terhadap
kedua-dua gender. Oleh itu, disarankan agar pihak yang terlibat dalam pengeluaran buku teks
sekolah mengkaji semula gambaran lelaki dan wanita yang digambarkan dalam imej. Pihak
ini juga perlu menyediakan senario dunia nyata dalam mendidik generasi muda supaya
mempunyai minda yang tidak stereotaip berkenaan dengan perwakilan gender dalam konteks
Malaysia untuk membantu dalam pembangunan bangsa dan negara. |
---|