Keterangan dokumen dalam bentuk digital di Mahkamah Syariah: analisis berkaitan definisi serta kebolehterimaannya di sisi prinsip syariah di Malaysia

Keterangan berbentuk dokumen sering dikemukakan dalam perbicaraan kes Mal dan Jenayah di Mahkamah Syariah di negara ini. Keterangan tersebut amat penting dalam membuktikan dakwaan atau tuntutan yang dibawa ke Mahkamah Syariah. Antara bentuk keterangan dokumen yang sering dikemukakan di Mahkamah Syar...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Azhan Yahya, Ahmad Azam Mohd Shariff, Mohd Abu Hassan Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13353/
http://journalarticle.ukm.my/13353/
http://journalarticle.ukm.my/13353/1/KETERANGAN%20DOKUMEN%20DIGITAL%20DI%20MAHKAMAH%20SYARIAH.pdf
Description
Summary:Keterangan berbentuk dokumen sering dikemukakan dalam perbicaraan kes Mal dan Jenayah di Mahkamah Syariah di negara ini. Keterangan tersebut amat penting dalam membuktikan dakwaan atau tuntutan yang dibawa ke Mahkamah Syariah. Antara bentuk keterangan dokumen yang sering dikemukakan di Mahkamah Syariah di Malaysia adalah keterangan dokumen dalam bentuk digital. Kajian ini menjurus kepada definisi serta kebolehterimaan keterangan dokumen digital di sisi prinsip Syariah dan bagaimanakah penerimaan prinsip prinsip tersebut oleh mahkamah syariah di Malaysia. Kajian ini adalah merupakan suatu kajian perundangan yang menggunapakai pendekatan berbentuk kualitatif. Ianya merupakan suatu kajian empirikal yang menggunapakai kaedah kajian perpustakaan. Dalam kajian perpustakaan yang dilaksanakan, kajian ini menggunapakai kaedah-kaedah analisis kandungan dan analisis kritis dalam menganalisis maklumat serta data yang diperolehi dari bahan-bahan ilmiah seperti buku, artikel serta laporan kes dari jurnal dalam isu berkaitan keterangan dokumen dan keterangan dokumen digital dari perspektif prinsip Syariah. Kaedah kajian lapangan turut digunapakai bagi memperkukuhkan dapatan-dapatan kajian yang sedia ada. Kajian ini kemudiannya mendapati masih terdapat kelompangan dalam prinsip Syariah berkaitan definisi serta kebolehterimaan keterangan berbentuk digital yang boleh diperjelaskan serta diperkemaskan lagi. Kajian turut mendapati terdapat keperluan untuk memperjelaskan lagi isu tahap serta keseragaman penerimaan Mahkamah Syariah negara ini terhadap kebolehterimaan keterangan digital sebagai pembuktian dalam perbicaraan jenayah dan mal syariah. Berdasarkan kedua-dua dapatan tersebut, kajian ini akhirnya mengemukakan cadangan agar prinsip syariah berkaitan definisi serta kebolehterimaan keterangan dokumen digital dapat diperjelaskan dan diperkemaskan. Kajian juga turut mencadangkan agar Mahkamah Syariah di Malaysia mengambil pendirian yang jelas untuk menerimapakai secara mutlak dan seragam keterangan dokumen berbentuk digital sebagai pembuktian yang sah dan bernilai dalam mana-mana perbicaraan kes jenayah dan mal syariah.