Hubungan Iran - Arab Saudi dan kestabilan rantau Timur Tengah

Revolusi Iran pada tahun 1979 adalah antara Revolusi dunia yang bukan sahaja mengubah domestik dalaman Iran dari sebuah kerajaan monarki kepada Republik Islam, malah turut mencorakkan landskap dan geopolitik Rantau Timur Tengah. Sehingga kini, negara Iran yang dikelilingi negara Arab ini, menjadi ta...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Halim Daud, Zarina Othman, Nor Azizan Idris
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13370/
http://journalarticle.ukm.my/13370/
http://journalarticle.ukm.my/13370/1/26049-78138-1-SM.pdf
Description
Summary:Revolusi Iran pada tahun 1979 adalah antara Revolusi dunia yang bukan sahaja mengubah domestik dalaman Iran dari sebuah kerajaan monarki kepada Republik Islam, malah turut mencorakkan landskap dan geopolitik Rantau Timur Tengah. Sehingga kini, negara Iran yang dikelilingi negara Arab ini, menjadi tarikan perbincangan di kalangan sarjana dan juga minat kuasa besar. Mengapakah Iran penting dan bagaimanakah ia mencorakkan landskap dan geopolitik Timur Tengah? Tujuan kajian ini ditulis adalah untuk mengkaji hubungan Iran – Arab Saudi, fahaman Sunni-Syiah dan bagaimana ia mencorakkan kembali geopolitik Timur Tengah. Kajian ini menggunakan metod pendekatan kualitatif berasaskan kaedah temu bual, kerja lapangan di Iran, kaedah kepustakaan dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan Republik Iran pasca Revolusi Iran (1979-2017) mewujudkan ketegangan antara fahaman Sunni-Syiah di Rantau Timur Tengah dan menyumbang terhadap pergolakan di kalangan negara-negara Arab. Hubungan Iran – Saudi pasca Revolusi Iran 1979 pula sebahagiannya mdenjadi punca Rantau Timur Tengah berada dalam keadaan tidak stabil. Ia seolah-olah telah menubuhkan blok negara ‘Pro-Arab Saudi’ dan ‘Pro-Iran’, ‘Perang Dingin’ di Rantau Timur Tengah, perlumbaan senjata dan persaingan kekuatan ketenteraan antara Saudi dan Iran serta konflik Sunni-Syiah di Rantau Timur Tengah. Ia juga memaparkan walaupun Revolusi Iran ini telah berlalu dan berjaya membebaskan rakyat Iran dari cengkaman Dinasti Pahlavi, namun kesan atas hubungan Saudi dan Iran adalah tegang.