Serangga dan mitos suku kaum Jakun, Kampung Peta, Mersing Johor

Kajian ini telah memfokuskan kepada hubungan serangga dan mitos yang selama ini tidak mendapat perhatian di Malaysia terutamanya dari perspektif mitos masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun, Kampung Peta, Mersing, Johor. Kewujudan serangga dalam kehidupan setiap etnik/suku kaum di Malaysia ini telah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jai Kemalok, Maryati Mohamed
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Sistematik Serangga, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13411/
http://journalarticle.ukm.my/13411/
http://journalarticle.ukm.my/13411/1/24065-78822-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian ini telah memfokuskan kepada hubungan serangga dan mitos yang selama ini tidak mendapat perhatian di Malaysia terutamanya dari perspektif mitos masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun, Kampung Peta, Mersing, Johor. Kewujudan serangga dalam kehidupan setiap etnik/suku kaum di Malaysia ini telah membawa kepada kewujudan variasi unsur mitos. Oleh yang demikian, jika diinterpretasi mitos berkenaan serangga, boleh dikatakan bahawa mitos merupakan cara manusia memahami, menyatakan dan juga menghubungkan serangga dalam diri sendiri serta dalam sesuatu kelompok sebagai budaya sehingga wujudnya amalan menggunakan serangga dikalangan etnik/suku kaum dalam kehidupan harian dinamakan etnoentomologi. Dalam kajian ini, serangga yang dikaji adalah rama-rama (Lepidoptera), pepatung (Odonata) dan juga riang-riang (Homoptera). Ini disebabkan serangga tersebut amat popular dalam masyarakat serta mempunyai mitos yang tersendiri sehingga terbawa dalam budaya setempat terutamanya dalam aspek kepercayaan.