Survey arkeologi di Gunung Baling : potensi ekskavasi di Gua Tok Sik dan Gua Baling@Berhala

Negeri Kedah memang sudah terkenal dengan kronologi sejarahnya yang panjang di mana ianya boleh dibahagikan kepada zaman prasejarah, zaman protosejarah dan sejarah. Artikel ini lebih menekankan jumpaan tapak–tapak baru yang berpotensi untuk diekskavasi di Banjaran Baling di mana terdapatnya kesan-ke...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Afiq Omar, Zuliskandar Ramli, Adnan Jusoh, Yunus Sauman, Muhamad Shafiq Mohd Ali, Muhammad Termizi Hasni, Muhd Helmi Muhd Mukhtar, Mohd Rohaizat Abd Wahab
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13463/
http://journalarticle.ukm.my/13463/
http://journalarticle.ukm.my/13463/1/2-3-1-PB.pdf
Description
Summary:Negeri Kedah memang sudah terkenal dengan kronologi sejarahnya yang panjang di mana ianya boleh dibahagikan kepada zaman prasejarah, zaman protosejarah dan sejarah. Artikel ini lebih menekankan jumpaan tapak–tapak baru yang berpotensi untuk diekskavasi di Banjaran Baling di mana terdapatnya kesan-kesan masyarakat prasejarah yang menetap di situ. Perkara ini sudah diketahui umum selepas H.D. Collings menjalankan kajian ekskavasi pada 1936. Kemudian, usaha ini diteruskan lagi oleh Jabatan Warisan Negara pada 2012 dan mereka berjaya menemui beberapa tapak baru yang berpotensi untuk dikaji seperti Gua Tembus 1 & 2, Gua Kechil dan Gua Akar. Pada awal 2015 pula, pasukan penyelidik dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) pula cuba menjejak kembali tapak-tapak yang berpotensi ini untuk dikaji dan mendapati bahawa Gua Tok Sik dan Gua Baling @ Berhala mempunyai potensi untuk di ekskavasi berdasarkan beberapa faktor. Walau bagaimanapun kebanyakan tapak warisan kebudayaan ini yang berupa gua atau batu kukup sedikit sebanyak telah terganggu oleh aktiviti mencari baja tahi kelawar oleh penduduk tempatan untuk digunakan dalam aktiviti pertanian di kawasan Baling dan Kedah amnya.