Analisis awalan sisa-sisa cangkerang moluska prasejarah akhir di Melanta Tutup dan Bukit Kamiri, Semporna, Sabah

Tapak arkeologi Melanta Tutup dan Bukit Kamiri di Semporna, Sabah, Malaysia telah diekskavasi oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah serta Jabatan Warisan Negara pada tahun 2003, 2004, 2006 dan 2007. Hasil ekskavasi telah mendedahkan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Deejay Daxter A. Albert, Velat Bujeng, Chia, Stephen
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13472/
http://journalarticle.ukm.my/13472/
http://journalarticle.ukm.my/13472/1/159-263-1-PB.pdf
Description
Summary:Tapak arkeologi Melanta Tutup dan Bukit Kamiri di Semporna, Sabah, Malaysia telah diekskavasi oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah serta Jabatan Warisan Negara pada tahun 2003, 2004, 2006 dan 2007. Hasil ekskavasi telah mendedahkan penemuan seperti bukti pengebumian, alat batu, pecahan tembikar tanah liat, artifak logam dan tinggalan sisa-sisa fauna yang terdiri daripada spesies vertebrata dan invertebrata. Fokus perbincangan adalah sisa-sisa cangkerang moluska yang berasosiasi dengan lapisan kebudayaan prasejarah akhir (Zaman Logam) yang berusia sekitar 1,380 SM – 1,170 M di Melanta Tutup dan 1,380 – 760 SM di Bukit Kamiri. Berdasarkan analisis arkeozoologi, sisa-sisa cangkerang moluska yang dieksploitasi adalah dari kelas Gastropoda (Neritidae, Potamididae, Pachychilidae, Thiaridae, Trochidae, Muricidae dan Strombidae) dan Bivalvia (Arcidae, Cyrenidae dan Veneridae). Hal ini menunjukkan bahawa subsisten masyarakat prasejarah akhir Melanta Tutup dan Bukit Kamiri merangkumi persekitaran dari sumber marin, paya bakau dan air tawar. Sisa-sisa cangkerang moluska bukan sahaja sebagai bukti diet malahan berfungsi sebagai kiriman pengebumian berdasarkan asosiasinya dengan rangka manusia.