Pengkaedahan penterjemahan bidalan bahasa Melayu ke dalam bahasa Inggeris
Kajian ini memfokuskan kepada keberkesanan pengkaedahan penterjemahan bidalan dalam Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Inggeris menggunakan Google Translate dan juga melalui manual iaitu melalui pelajar (n=50) yang mengambil jurusan bahasa dan ianya hanya terbatas kepada pengetahuan responden. Pengkaji...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13509/ http://journalarticle.ukm.my/13509/ http://journalarticle.ukm.my/13509/1/jatma-2019-0702-06.pdf |
Summary: | Kajian ini memfokuskan kepada keberkesanan pengkaedahan penterjemahan bidalan dalam Bahasa Melayu ke dalam
Bahasa Inggeris menggunakan Google Translate dan juga melalui manual iaitu melalui pelajar (n=50) yang mengambil
jurusan bahasa dan ianya hanya terbatas kepada pengetahuan responden. Pengkaji telah memilih seramai 50 orang
responden. Responden untuk kajian terdiri daripada pelajar yang mengambil jurusan bahasa di Universiti Putra Malaysia.
Pengkaji telah menganalisis kesesuaian bidalan sebenar Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Inggeris berdasarkan makna
bidalan tersebut. Selain itu, kajian turut mengenal pasti keupayaan mesin penterjemahan menterjemah bidalan-bidalan
Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini melibatkan kaedah pencarian maklumat melalui internet, kaedah
kepustakaan dan kaedah tinjauan lapangan. Hasil dapatan dianalisis secara deskriptif. Hasil daripada kajian ini mendapati
bahawa kaedah manual lebih tepat berbanding kaedah menggunakan mesin penterjemahan. Selain itu, kaedah manual
lebih memberikan makna yang tepat bagi menterjemahkan sesuatu perkataan. Justeru, kajian in diharapkan dapat
dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu dalam meningkatkan tahap pendidikan dalam negara ini seperti kepentingan
kepada penyelidik, kepentingan kepada guru, bakal guru, dan pensyarah dan kepentingan kepada pelajar. |
---|