Perambaan sama (Peribahasa Bajau) Kota Belud, Sabah: satu diskusi

Peribahasa sudah bertapak lama sebagai salah satu ungkapan lisan yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat. Peribahasa bukan sekadar sebagai ungkapan dan seloka tutur namun, ia turut membayangkan budaya serta pemikiran pengungkapnya. Masyarakat timur yang masih menyimpan dan memegang erat budaya baha...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Saidatul Nornis Hj. Mahali
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13510/
http://journalarticle.ukm.my/13510/
http://journalarticle.ukm.my/13510/1/jatma-2019-0702-07.pdf
Description
Summary:Peribahasa sudah bertapak lama sebagai salah satu ungkapan lisan yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat. Peribahasa bukan sekadar sebagai ungkapan dan seloka tutur namun, ia turut membayangkan budaya serta pemikiran pengungkapnya. Masyarakat timur yang masih menyimpan dan memegang erat budaya bahasa maka, peribahasa dijadikan cara tersantun untuk memerihal rasa marah, menjadi medium pengajaran dan estetika serta dapat menggambarkan budaya penutur sesuatu bahasa itu. Sebagai salah satu bangsa timur, orang-orang Bajau juga memiliki peribahasa dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Peribahasa dalam bahasa Bajau disebut sebagai perambaan. Melalui perambaan, orang-orang Bajau menggambarkan nilai rasa mereka semasa berinteraksi dengan orang lain. Sesuatu perambaan yang diungkap itu mampu menggambarkan rasa dan inti interaksi yang sedang berlangsung. Tulisan ini menggunakan kaedah etnografi sebagai kaedah penelitian. Kaedah ini mendeskripsi kebudayaan dengan tujuan untuk memahami pandangan hidup daripada kaca mata penduduk asal. Berasaskan satu tinjauan awal di kampung Timbang Dayang, kampung Sembirai, kampung Labuan dan kampung Kulambai, Kota Belud maka, dikongsikan Perambaan Sama Kota Belud agar diketahui bentuk dan perkara-perkara tersirat dalam peribahasa milik orang-orang Bajau. Justeru, perbincangan dalam makalah ini melihat juga nilai positif dan negatif yang tersembunyi di sebalik ungkapan peribahasa berkenaan yang secara tidak langsung memperlihatkan melingkungi kehidupan masyarakat.