Pembelajaran fleksibel berasaskan Massive Open Online Course (Mooc) suatu transformasi dalam pengajian manuskrip Melayu
Manuskrip Melayu merupakan hasil penulisan tangan dengan tulisan Jawi yang mempunyai pelbagai kandungan ilmu epistemologi yang mengetengahkan tentang orang Melayu. Lazimnya, ia tersimpan di dalam sesebuah muzium negeri, Arkib dan Perpustakaan Negara Malaysia. Namun kekangan ketara dirasai apabila...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13518/ http://journalarticle.ukm.my/13518/ http://journalarticle.ukm.my/13518/1/jatma-2019-0703-07.pdf |
Summary: | Manuskrip Melayu merupakan hasil penulisan tangan dengan tulisan Jawi yang mempunyai pelbagai kandungan ilmu
epistemologi yang mengetengahkan tentang orang Melayu. Lazimnya, ia tersimpan di dalam sesebuah muzium negeri,
Arkib dan Perpustakaan Negara Malaysia. Namun kekangan ketara dirasai apabila ilmu yang ada dalam manuskrip
ini hanya dapat dicapai dengan bertandang sendiri ke institusi berkenaan pada waktu yang amat terhad. Kaedah
tradisional sebegini sedikit sebanyak telah membantutkan ruang lingkup pengetahuan masyarakat yang berminat
dalam mengkaji ilmu yang terdapat dalam sesebuah manuskrip. Kajian ini menegaskan bahawa manuskrip Melayu
ialah warisan lama yang mana penyampaian maklumat di dalamnya perlu dipermodenkan untuk menarik masyarakat
mengenalinya dengan lebih dekat. Ini bertujuan untuk meneruskan legasi kaedah pengkajian selain mencambah minat
terhadap keintelektualan tamadun bangsa. Oleh itu, menerusi pembelajaran fleksibel berasaskan Massive Open Online
Course (MOOC), manuskrip Melayu akan dapat terus dilestari. Ini kerana MOOC merupakan pembelajaran atas talian
yang boleh diakses oleh setiap orang di seluruh pelosok dunia dengan percuma. Objektif kajian dalam makalah ini
ialah mengaplikasikan MOOC dalam pembelajaran fleksibel sebagai kaedah terbaik dalam pemindahan ilmu untuk
mengenali manuskrip Melayu dengan menghuraikan kandungan, aktiviti serta penilaian pelajar yang digunakan
pelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran kursus berasaskan MOOC. Data yang diperoleh adalah menerusi kaedah
kepustakaan dan soal selidik terhadap pelajar kursus BBK 4210 Karya Agung Melayu. Dapatan kajian ini dijangkakan
dapat membuktikan aplikasi MOOC berkesan menjadi salah satu medium dalam pembelajaran fleksibel yang sangat
bermanfaat untuk mempromosikan manuskrip Melayu. Kesimpulannya, pembelajaran fleksibel berasaskan Massive
Open Online Course (MOOC) merupakan suatu transformasi dalam manuskrip Melayu yang perlu diketengahkan
kepada masyarakat. |
---|