Konsep hisbah dan kepentingannya dalam pengurusan hal ehwal Islam

Pelaksanaan hisbah merupakan satu amalan pengawasan dalam pengurusan Islam yang terkesan dengan konsep amar maaruf nahi munkar dan pelaksanaannya telah bermula sejak zaman pemerintahan Islam yang pertama. Secara ringkasnya skop hisbah adalah begitu luas mencakupi aspek agama, politik, sosial dan eko...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Qahhar Ibrahim, Abdul Ghafar Don, Muhamad Faisal Asha’ari
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13528/
http://journalarticle.ukm.my/13528/
http://journalarticle.ukm.my/13528/1/259-Article%20Text-1169-2-10-20190105.pdf
Description
Summary:Pelaksanaan hisbah merupakan satu amalan pengawasan dalam pengurusan Islam yang terkesan dengan konsep amar maaruf nahi munkar dan pelaksanaannya telah bermula sejak zaman pemerintahan Islam yang pertama. Secara ringkasnya skop hisbah adalah begitu luas mencakupi aspek agama, politik, sosial dan ekonomi. Objektif penulisan ini adalah bertujuan untuk mengkaji konsep hisbah dan kepentingannya dalam pengurusan hal ehwal Islam. Penulisan ini telah menggunakan metode analisis kandungan terhadap dokumen tertentu seperti enakmen, kertas kerja, jurnal, dan buku yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa konsep hisbah terbentuk berasaskan kefahaman terhadap elemen amar maaruf nahi munkar yang merupakan nadi asas kepada pelaksanaan hisbah dan pengurusan Islam. Fungsi hisbah juga amat penting bagi membentuk dan membina pengurusan hal ehwal Islam yang berdaya maju secara dalaman dan luaran sesuai dengan perkembangan semasa. Oleh itu, kajian dan penyelidikan yang berterusan wajar dilakukan bagi proses pemantapan pelaksanaan hisbah dalam pengurusan hal ehwal Islam pada masa akan datang iaitu dari sudut struktur organisasi, masalah dan cabaran.