Kelangsungan syariat Islam menerusi perundangan Malaysia
Syariat Islam dan perundangan tak dapat dipisahkan. Penulisan ini bertujuan untuk melihat justifikasi sistem perundangan yang berteraskan syariat Islam yang bersifat samawi yang membawa konsep mendidik dan bukan sekadar menyakiti. Persoalan yang melibatkan peruntukan perundangan sivil yang berasaska...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13530/ http://journalarticle.ukm.my/13530/ http://journalarticle.ukm.my/13530/1/293-Article%20Text-1171-2-10-20190105.pdf |
Summary: | Syariat Islam dan perundangan tak dapat dipisahkan. Penulisan ini bertujuan untuk melihat justifikasi sistem perundangan yang berteraskan syariat Islam yang bersifat samawi yang membawa konsep mendidik dan bukan sekadar menyakiti. Persoalan yang melibatkan peruntukan perundangan sivil yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan enakmen negeri sebagai elemen perundangan mahkamah syariah di Malaysia bukanlah bertujuan untuk membawa aras perbincangan yang bersifat guaman dan kehakiman, tetapi sebagai metod instrumen yang menyokong laras perbincangan yang lebih bersifat sosio kemasyarakatan. Keperluan ke arah pemantapan perundangan Islam menerusi proses diplomasi dilihat semakin mendesak dan selari dengan perkembangan kehidupan dan kemaslahatan umat Islam di Malaysia |
---|