Pengaruh ilmu qira’at dalam pengajian Islam

Ilmu qira’at adalah suatu ilmu yang sangat penting dan masyhur dalam pengajian Islam. Para ilmuwan dalam pelbagai disiplin ilmu Islam amat menyarankan agar ilmu qira’at perlu dikuasai sebaik mungkin kerana kedudukannya yang penting dalam senarai ilmu Islam. Bagi melestarikan dan mengekalkan kesinamb...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sabri Mohamad
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13538/
http://journalarticle.ukm.my/13538/
http://journalarticle.ukm.my/13538/1/2-4-2-PB.pdf
Description
Summary:Ilmu qira’at adalah suatu ilmu yang sangat penting dan masyhur dalam pengajian Islam. Para ilmuwan dalam pelbagai disiplin ilmu Islam amat menyarankan agar ilmu qira’at perlu dikuasai sebaik mungkin kerana kedudukannya yang penting dalam senarai ilmu Islam. Bagi melestarikan dan mengekalkan kesinambungannya juga para ulama terus membicarakan, menyebarkan, menulis, mengkaji dan mempertahankannya melalui aktiviti-aktiviti penulisan dan penyebaran ilmu yang mewakili pelbagai kumpulan dan kelompok disiplin ilmu. Ulama yang berkecimpung dalam bidang ilmu ini atau mereka yang memuatkan bicara ilmu ini dalam karya-karya mereka, sentiasa berusaha untuk menyerlahkannya sebagai salah satu ilmu yang amat berperanan dan berpengaruh. Sejajar dengan kepentingan tersebut, artikel ini membicarakan pengaruh ilmu qira’at dalam beberapa ilmu pengajian Islam dengan menjadikan qira’at ‘asharah dan juga shadhdhah sebagai tunjang perbahasan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaruh qira’at yang dibicarakan oleh ulama secara langsung atau tidak, didapati dalam perspektif ilmu yang berbeza iaitu tafsir, akidah, fiqh, rasm al-Quran, bahasa Arab dan i‘jaz al-Quran.