Perbandingan proses tazkiyah al-nafs menurut Imam al-Ghazali dan Ibnu Qayyim
Kajian ini mengkaji tentang perbandingan konsep tazkiyah al-nafs antara al-Ghazali dan Ibnu Qayyim. Objektif kajian adalah untuk membincangkan konsep tazkiyah al-nafs, mendalami konsep tazkiyah al-nafs menurut al-Ghazali dan Ibnu Qayyim dan membandingkan konsep tazkiyah al-nafs menurut al-Ghazali da...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13562/ http://journalarticle.ukm.my/13562/ http://journalarticle.ukm.my/13562/1/35-53-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini mengkaji tentang perbandingan konsep tazkiyah al-nafs antara al-Ghazali dan Ibnu Qayyim. Objektif kajian adalah untuk membincangkan konsep tazkiyah al-nafs, mendalami konsep tazkiyah al-nafs menurut al-Ghazali dan Ibnu Qayyim dan membandingkan konsep tazkiyah al-nafs menurut al-Ghazali dan Ibnu Qayyim. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kepustakaan. Sementara itu, maklumat yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan metode deskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan pandangan antara al-Ghazali dan Ibnu Qayyim terhadap konsep tazkiyah al-nafs. Hasil kajian menunjukkan pandangan al-Ghazali dilihat lebih terperinci dan jelas dengan membahagikan mujāhadah al-nafs dan riyāḍah al-nafs kepada beberapa peringkat. Al-Ghazali membahagikan mujāhadah al-nafs kepada 12 penyakit kejiwaan dan beliau mengemukakan rawatan bagi penyakit-penyakit tersebut. Seterusnya, al-Ghazali membahagikan proses riyāḍah al-nafs kepada tiga peringkat iaitu memantapkan keimanan, mempertingkatkan ibadah dan mengaplikasikan sifat-sifat maḥmūdah dalam jiwa. Manakala pandangan Ibnu Qayyim mengenai proses mujāhadah al-nafs adalah secara umum sahaja tanpa membahagikan perkara-perkara tersebut kepada beberapa bahagian. Manakala proses riyāḍah al-nafs hanya menyentuh satu aspek sahaja iaitu akhlak. Matlamat akhir pengamalan tazkiyah al-nafs adalah untuk membimbing umat Islam ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. |
---|