Kajian takhrij hadith pascasiswazah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

Sepanjang tempoh penubuhan UKM, banyak penyelidikan telah dihasilkan meliputi pelbagai bidang kajian. Begitu juga kajian dalam bidang hadith khususnya takhrij hadith. Takhrij Hadith dikenali sebagai ilmu untuk mengesahkan kesahihan sesebuah hadith. Kajian tinjauan dilakukan terhadap kajian takhrij h...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jamielatun Nur Raihan Jamani, Fadlan Mohd Othman
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13568/
http://journalarticle.ukm.my/13568/
http://journalarticle.ukm.my/13568/1/45-76-3-PB.pdf
Description
Summary:Sepanjang tempoh penubuhan UKM, banyak penyelidikan telah dihasilkan meliputi pelbagai bidang kajian. Begitu juga kajian dalam bidang hadith khususnya takhrij hadith. Takhrij Hadith dikenali sebagai ilmu untuk mengesahkan kesahihan sesebuah hadith. Kajian tinjauan dilakukan terhadap kajian takhrij hadith pascasiswazah Fakulti Pengajian Islam, UKM meliputi disertasi Sarjana dan tesis Doktor Falsafah. Fokus penulisan ini adalah mengkaji setiap kajian takhrij hadith dari tiga aspek iaitu jenis kajian takhrij hadith, bidang kajian serta fokus perbincangan kajian takhrij hadith. Kajian menggunakan metodologi kualitatif iaitu analisis dokumen. Pada tahun 2000 hingga 2015, sebanyak 45 penyelidikan takhrij hadith telah dihasilkan. Tinjauan yang dilakukan menunjukkan wujud sumbangan baru dalam kajian takhrij hadith sebagai usaha ke arah pemantapan dan pemurnian hadith-hadith Nabi s.a.w. Di samping itu, dapat melihat sejauhmana perkembangan ilmu takhrij hadith dalam aspek penyelidikan di peringkat Ijazah Tinggi.