Kesantunan berbahasa kaunselor pelatih dalam sesi kaunseling
Kesantunan berbahasa, secara amnya merupakan penggunaan bahasa sopan yang digunakan secara lisan dalam sesuatu komunikasi. Kesantunan berbahasa penting dalam interaksi antara individu bagi mewujudkan hubungan dan persepsi yang baik. Kesantunan berbahasa juga sering kali dikaitkan dengan budaya se...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13592/ http://journalarticle.ukm.my/13592/ http://journalarticle.ukm.my/13592/1/23456-69284-1-PB.pdf |
| Summary: | Kesantunan berbahasa, secara amnya merupakan penggunaan bahasa sopan yang digunakan
secara lisan dalam sesuatu komunikasi. Kesantunan berbahasa penting dalam interaksi antara
individu bagi mewujudkan hubungan dan persepsi yang baik. Kesantunan berbahasa juga
sering kali dikaitkan dengan budaya sesebuah masyarakat. Dalam sesi kaunseling matlamat
utama ialah membimbing klien menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Oleh hal yang
demikian, kesantunan berbahasa dalam sesi kaunseling penting dalam mewujudkan hubungan
yang baik dan selesa antara kaunselor atau kaunselor pelatih dengan kliennya. Kajian ini
menyelidiki aspek kesantunan berbahasa yang wujud dalam perbualan antara kaunselor
pelatih dan kliennya dengan mengaplikasi prinsip kesopanan yang dikemukakan oleh Leech
(1983). Kajian ini memanfaatkan data daripada 30 orang kaunselor pelatih program
kaunseling UNIMAS dengan merakam dan mentranskripsi perbualan kaunselor pelatih
dengan kliennya. Hasil kajian menunjukkan wujud penggunaan keenam-enam maksim yang
dikemukakan oleh Leech (1983), iaitu maksim santun, murah hati, sokongan, kerendahan
hati, persetujuan, dan simpati. Kewujudan penggunaan keenam-enam maksim dalam sesi
kaunseling yang telah dijalankan oleh kaunselor pelatih UNIMAS ini memperlihatkan
bahawa penggunaan bahasa santun merupakan strategi berbahasa yang penting dalam
mewujudkan suasana yang selesa antara kaunselor pelatih dan kliennya, yang memberikan
kesan terhadap kelancaran dan kejayaan sesuatu sesi kaunseling. Oleh sebab itu, penggunaan
bahasa santun dalam sesi kaunseling merupakan salah satu strategi berbahasa yang perlu
diberikan perhatian khusus oleh para kaunselor atau kaunselor pelatih dalam memastikan
matlamat membimbing klien menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dapat ditangani
dengan baik dan berkesan. |
|---|