Pengajian umum dan keperluan sektor swasta

Falsafah pengajian umum di universiti menekankan pendekatan yang cuba untuk mengintegrasi dan merangkumkan ilmu dan pengetahuan pelajar yang selama ini telah di petak-petakan di dalam disiplin pendidikan mengikut jurusan masing-masing. Usaha mengintegrasikan ilmu ini adalah amat penting untuk memb...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Barjoyai Bardai
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13603/
http://journalarticle.ukm.my/13603/
http://journalarticle.ukm.my/13603/1/26836-81088-5-PB.pdf
Description
Summary:Falsafah pengajian umum di universiti menekankan pendekatan yang cuba untuk mengintegrasi dan merangkumkan ilmu dan pengetahuan pelajar yang selama ini telah di petak-petakan di dalam disiplin pendidikan mengikut jurusan masing-masing. Usaha mengintegrasikan ilmu ini adalah amat penting untuk membawa semula bakal siswazah ke alam nyata di mana tidak ada batas disiplin dan ilmu wujud. Sebelum siswazah ini keluar dan terdedah kepada dunia nyata yang akan dirasai berkecamuk disebabkan rojakan ilmu, mereka perlu diorentasikan semua dan didedahkan dengan hakikat bahawa mereka perlu mengintegrasikan ilmu mereka dengan ilmu lain bagi menjadikannya kelihatan lengkap dan kemas. Dua cara untuk mengintegrasikan ilmu ini ialah melalui kaedah berfikir dan disiplin hidup. Kaedah berfikir yang selama ini disogokkan kepada pelajar yang berteraskan ‘lojik kaku’ adalah tidak sesuai dan amat janggal di dalam dunia nyata. la menjadikan para siswazah kaku pada peringkat awal kerjaya mereka di dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Pemikiran kreatif perlu diterapkan dalam minda setiap pelajar sebagai penggenap kepada pemikiran lojik yang sudah cukup kukuh untuk membolehkan mereka bersikap dan berfikiran lebih ‘fleksibal’ dan bertoleransi. Ini akan menjadi asas terhadap sikap positif dan berwawasan yang amat diperlukan oleh setiap siswazah. Pemikiran kreatif juga merupakan asas yang amat penting di dalam ‘K-Economy’ di mana ‘idea’ dan ‘harta intelektual’ menjadi fokus kekayaan. ‘Disiplin hidup’ berbeza dengan ‘disiplin pengajian’. Berdasarkan 'disiplin pengajian’, seseorang itu akan menjurus dalam satu cabang ilmu yang khusus dengan matlamat untuk mendalami ilmu yang tertentu. Manakala ‘disiplin hidup’ pula, seseorang itu akan menyediakan diri untuk melengkapkan ilmu bagi membolehkan mereka hidup dengan cukup berkesan. Disiplin hidup pada masa lepas dikaitkan dengan profesyen yang tertentu seperti doktor, peguam, akauntan, jurutera, arkitek dan sebagainya. Disiplin hidup sebegini didapati masih terlalu terkongkong sehingga menjadikan ahli profesional terus melihat dunia melalui teropong profesyennya sahaja tanpa memikirkan profesyen yang lain. Disiplin hidup baru yang dilihat lebih menyeluruh ialah disiplin ‘keusahawanan’. Walaupun pada masa lepas usahawan ditakrifkan hanya sebagai peniaga, namun definasi ini telah berkembang. Kini usahawan didefinasikan oleh Dr. Peter Drucker contohnya sebagai ‘sesiapa sahaja yang berjaya mewujudkan nilai tambah ke dalam ekonomi’. Ini menjadikan setiap insan sebagai potensi usahawan. Jika dikaitkan dengan Islam, kita percaya bahawa setiap kita dilahirkan ke dunia sebagai khalifah dan pemegang amanah. Tugas kita ialah untuk membuat sumbangan dengan mewujudkan nilai tambah kepada ummah. Ini menjadikan setiap kita sebagai usahawan. Sekiranya ikhlas melaksanakan tugas sebagai khalifah dan pemegang amanah serta menganggap ia sebagai penyerahan kepada Allah s.w.t. semata-mata, secara tidak tangsung kita bergelar ‘usahawan mujahid’. Sektor swasta memerlukan bakal tenaga kerja yang berfikiran luas, terbuka dan menyeluruh. Bakal tenaga kerja di abad 21 perlulah seorang yang lengkap bukan sahaja dari segi kepakaran tetapi juga dari segi sikap dan pemikiran. Mereka perlulah menjadi sumber bukan sahaja untuk tenaga kerja dan kepakaran tetap, juga idea dan harta intetektual yang akan menjadi sumber kekayaan penting perniagaan di abad baru ini. Pastinya jika Program Pengajian Umum dapat melengkapkan bakal graduan dengan sikap dan asas pemikiran yang dibentangkan di atas, mereka dengan mudah akan dapat menepati keperluan industri dan bakal majikan mereka.