Tahap keprihatinan guru terhadap penggunaan i-Think merentasi kurikulum dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keprihatinan guru dalam pelaksanaan dan amalan i-Think. Concern Based Adaptation Model (CBAM) telah digunakan bagi menentukan tahap keprihatinan guru dan instrumen soal selidik Stage of Concern Questionnaire (SoCQ) telah diadaptasikan agar sesuai den...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rubananthan Paramasveran, Nurfaradilla Mohamad Nasri
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13643/
http://journalarticle.ukm.my/13643/
http://journalarticle.ukm.my/13643/1/24036-89731-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keprihatinan guru dalam pelaksanaan dan amalan i-Think. Concern Based Adaptation Model (CBAM) telah digunakan bagi menentukan tahap keprihatinan guru dan instrumen soal selidik Stage of Concern Questionnaire (SoCQ) telah diadaptasikan agar sesuai dengan konteks Malaysia. Seramai 153 orang guru sekolah rendah di Sarawak telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Dapatan menunjukkan profil “bukan penggguna” bagi profil umum dan profil demografik kerana guru menunjukkan peratus skor keprihatinan yang tinggi pada Tahap 0 (Kesedaran), Tahap 1 (Maklumat), Tahap 2 (Peribadi) dan Tahap 3 (Pengurusan), manakala peratus skor keprihatinan adalah rendah pada Tahap 4 (Kesan) dan Tahap 5 (Kerjasama). Semua guru kecuali guru lelaki dan guru Bahasa Melayu mempamerkan kenaikan skor pada Tahap 6 (Fokus Semula) yang ditafsirkan sebagai guru yang enggan berubah dan kurang percaya akan keberkesanan i-Think. Meskipun begitu, peratus skor keprihatinan guru bagi Tahap 1 adalah lebih tinggi berbanding dengan Tahap 2 yang menunjukkan guru mempunyai minat dan bersifat terbuka akan pelaksanaan i-Think di dalam kelas, namun mereka memerlukan maklumat dan pendedahan yang lebih lanjut mengenai i-Think. Hasil kajian ini boleh digunakan oleh pakar pendidikan untuk merancang latihan dalam perkhidmatan secara berkala berkaitan i-Think.