Kajian tingkah laku pengguna tandas masjid di negeri Kelantan

Kritikan terhadap tahap kebersihan tandas masjid terutamanya di negeri Kelantan mendapat tempat di media massa dan media sosial. Rasa tidak puas hati terhadap sikap sebahagian pengguna tandas masjid yang mengabaikan aspek kebersihan tandas menimbulkan persepsi bahawa masyarakat Kelantan secara um...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nik Yusri Musa, Mohamad Izzat Mohamad Ghani
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13688/
http://journalarticle.ukm.my/13688/
http://journalarticle.ukm.my/13688/1/29143-90407-6-PB.pdf
Description
Summary:Kritikan terhadap tahap kebersihan tandas masjid terutamanya di negeri Kelantan mendapat tempat di media massa dan media sosial. Rasa tidak puas hati terhadap sikap sebahagian pengguna tandas masjid yang mengabaikan aspek kebersihan tandas menimbulkan persepsi bahawa masyarakat Kelantan secara umumnya merupakan masyarakat pengotor. Situasi ini sebenarnya memberi impak yang cukup negatif kepada negeri Kelantan yang dikenali sebagai serambi Makkah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tingkah laku pengguna tandas masjid terhadap aspek kebersihan di negeri Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap tingkah laku pengguna tandas masjid, mengenalpasti tahap min setiap item dalam pembolehubah tingkah laku dan mengenalpasti hubungan antara item-item yang dikaji. Seramai 353 orang responden telah digunakan bagi mewakili populasi penduduk dengan metod kuantitatif melalui soal selidik. Kaedah deskriptif dan empirikal dilakukan setiap item yang dikaji bagi menjawab objektif kajian. Data kajian dianalisis dengan menggunakan ‘Statistical Package for the Social Science’ iaitu SPSS versi 20. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai kesahan dan kebolehpercayaan tingkah laku adalah 0.623. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa nilai min bagi tingkah laku positif (4.37) adalah lebih tinggi berbanding tingkah laku negatif (3.01) dengan masing-masing berada dalam lingkungan skala sederhana yang sama. Dapatan kajian turut menemukan terdapat hubungan antara item-item tingkah laku positif dan begitu juga tingkah laku negatif supaya boleh ditelitikan lagi.