Tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab at-Taisir dalam kalangan murid tahap 2 di Sekolah Rendah Islam (Sri) al-Amin, Nilai: satu kajian awal

Buku teks merupakan salah satu bahan bacaan pengajaran utama dalam pengajaran bahasa Arab di Malaysia. Kajian para sarjana mendapati penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar bukan penutur masih berada pada tahap yang rendah kerana pelbagai faktor termasuk kandungan buku teks yang kurang berk...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Hidayah Hussain, Maharam Mamat
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13693/
http://journalarticle.ukm.my/13693/
http://journalarticle.ukm.my/13693/1/29201-90444-4-PB.pdf
Description
Summary:Buku teks merupakan salah satu bahan bacaan pengajaran utama dalam pengajaran bahasa Arab di Malaysia. Kajian para sarjana mendapati penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar bukan penutur masih berada pada tahap yang rendah kerana pelbagai faktor termasuk kandungan buku teks yang kurang berkesan. Penilaian terhadap sesuatu bahan bacaan mengambil kira banyak aspek termasuk terutama tahap kebolehbacaan. Kebolehbacaan merupakan tahap atau aras senang-sukar sesuatu bahan bacaan. Buku teks yang berkualiti merupakan satu teks bacaan yang mudah difahami. Kajian ini membincangkan kebolehbacaan teks berbahasa Arab dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah melalui ujian kloz dan soal selidik dalam mempertingkatkan keupayaan kefahaman dan penguasaan bahasa Arab. Kajian kebolehbacaan ini berperanan sebagai satu dokumen yang dapat membantu Kementerian Pendidikan, para guru, penyedia dasar, penulis buku teks, dan pihak lain terlibat.