Kebolehpekerjaan graduan Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, Selangor
Masalah pengangguran di Malaysia merupakan isu kritikal yang memberi impak negatif terhadap pembangunan negara. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kebolehpekerjaan (employability) graduan lepasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat, Selangor. Kajian ini mengenalpasti kebolehpeke...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13700/ http://journalarticle.ukm.my/13700/ http://journalarticle.ukm.my/13700/1/35194-110207-6-PB.pdf |
Summary: | Masalah pengangguran di Malaysia merupakan isu kritikal yang memberi impak negatif terhadap
pembangunan negara. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kebolehpekerjaan (employability)
graduan lepasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat, Selangor. Kajian ini
mengenalpasti kebolehpekerjaan (status bekerja/tidak bekerja/sambung belajar) graduan Institut
Latihan Perindustrian Kuala Langat, menganalisis sektor pekerjaan graduan dan melihat purata
gaji graduan lepasan Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat yang berada dalam pasaran
kerja semasa. Seramai 755 graduan lepasan ILPKLS dipilih secara rawak sebagai responden
dalam kajian ini yang dijalankan menggunakan kaedah borang kaji selidik secara atas talian dan
temu ramah melalui telefon. Hasil kajian mendapati bahawa 24.78% daripada responden telah
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, manakala sebanyak 60.9% responden telah
mendapat pekerjaan dengan 69.13% adalah pekerjaan bertaraf tetap selepas menamatkan
pengajian di ILPKLS. Sebanyak 80.48% daripada pelajar memperoleh pekerjaan ini bekerja
dalam bidang latihan yang diceburi dan 73.24% graduan mendapat gaji permulaan sebanyak
RM1000 ke atas selaras dengan saranan kerajaan untuk meningkatkan penduduk berpendapatan
tinggi. Kajian ini mendapati, hanya 6.09 peratus sahaja graduan yang masih mencari pekerjaan
yang sesuai dengan kemahiran mereka. Kajian ini merumuskan bahawa majoriti graduan lepasan
ILPKLS memperoleh pekerjaan pertama mereka dengan kemahiran yang ada dan gaji yang
sesuai. |
---|