Pengurusan dakwah orang Asli oleh Majlis Agama Islam dan adat istiadat orang Melayu Kelantan (MAIK)
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat pengurusan dakwah Orang Asli oleh MAIK merangkumi aktiviti atau program dakwah yang dilaksanakan kepada masyarakat Orang Asli di Kelantan. Kajian ini adalah penting untuk mengkaji sejauhmana usaha dan penglibatan MAIK dari awal penglibatannya dengan masy...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13811/ http://journalarticle.ukm.my/13811/ http://journalarticle.ukm.my/13811/1/338-Article%20Text-1161-2-10-20190109.pdf |
Summary: | Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat pengurusan dakwah Orang Asli oleh
MAIK merangkumi aktiviti atau program dakwah yang dilaksanakan kepada
masyarakat Orang Asli di Kelantan. Kajian ini adalah penting untuk mengkaji
sejauhmana usaha dan penglibatan MAIK dari awal penglibatannya dengan
masyarakat Orang Asli dan pencapaiannya sehingga kini. Bagi mencapai tujuan
tersebut, penulis telah menggunakan dua kaedah utama pengumpulan data iaitu
kajian lapangan dan kajian dokumen. Dalam kajian lapangan, penulis
menggunakan metode temubual dan pemerhatian daripada pengalaman bersama
mereka sebelum ini. Manakala, kajian dokumen dibuat berdasarkan dokumen yang
disediakan oleh pihak MAIK seperti laporan tahunan, minit mesyuarat, kertas
kerja, dan lain-lain untuk lebih memantapkan lagi dapatan kajian ini. Hasil kajian
mendapati, pihak MAIK telah banyak melaksanakan aktiviti atau program
terhadap golongan sasaran. Secara keseluruhannya, usaha dan inisiatif MAIK telah
membuahkan hasil seperti pelantikan Guru Agama Orang Asli, pelaksanaan Solat
Jumaat, pelantikan imam mukim dari kalangan Orang Asli, serta penambahan pospos
baru untuk sebaran agama Islam. Namun, tidak dinafikan, sambutan dan
penghayatan mereka kepada ajaran Islam masih lagi memerlukan usaha yang lebih
gigih. |
---|